Powered by Blogger.

GEREMBOLAN KINI MENYERANG KULI

>> Thursday, 18 February 2010

Cikgu Pa Nafi Ku Li ‘Kluk Klek’

 INI BUKAN KULI INI ADALAH KUALI


KUALI DI SEBALIK KULI

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menafikan fitnah yang dilemparkan oleh Umno kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Beliau mendakwa Umno telah melancarkan serangan menuduh Ku Li tidak konsisten atau ‘kluk klek’ terhadap kes royalti minyak yang telah digantikan dengan ‘wang Ehsan’.

”Apabila kes royalti (minyak) di Kelantan rimbul, Tengku Razaleigh pergi ceramah di Kelantan, Umno marah habis,

”(kerana Ku Li) pemimpin Umno, ahli Parlimen Umno, beritahu (orang ramai) bahawa tuntutan (royalti) kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan yang dipimpin PAS adalah betul, kerajaan Pusat tak betul,”katanya ketika menyampaiakan ucapan di Majlis Ceramah sempenah Nadwah Ulamak’ Kuala Nerus, baru-baru ini.

Menurut Dato’ Mustafa, walaupun tindakan Ku Li dianggap sebagai ‘lawan tauke’ namum Umno tidak berani mengambil tindakan disiplin keatasnya.

Oleh itu, katanya, Umno menuduh Ku Li ‘Kluk Klek’ kerana kata mereka, sewaktu kes royalti bertukar menjadi Ehsan berlaku di negeri Terengganu, Ku Li telah mendakwa kerajaan Pusat betul.

Justeru, selaku Exco yang terlibat secara langsung dengan kes tuntutan royalti di Mahkamah, Dato’ Mustafa menegaskan bahawa Umno telah mebuat tuduhan yang tidak betul keatas Ku Li.

”Dia (Umno) buat tuduhan yang tak betul, sebab waktu itu, walaupun Tengku Razaleigh pimpinan Umno, tetapi dia sanggup menjadi saksi kepada kerajaan negeri Terengganu,

”Nak menyatakan bahawa, perjanjian (akta Petroleum) itu ada, dia (Ku Li) juga salah seorang yang menjadi penandatangan, dan kerajaan Pusat tak betul,”jelasnya.

Katanya, beliau mahu membetulkan fakta supaya Umno jangan ‘sedap mulut’ menuduh Ku Li ‘kluk klek’ sedangkan ia tidak berlaku.buletinonline


Read more >>

Read more...

BILA UMNO BERDEMO MACAM NATANG

Kecoh kuala lumpur hari ini bila perarakan demontrasi di hadapan kedutaan australia bila negara barat itu mendesak kerajaan malaysia agar mengugurkan kes liwat DSAI.Perarakan yang di ketuai panglima gagah perkasa dari rembau iaitu khairy al-beroki dengan pengikutnya kira-kira 250 ekor.perarakan yang mendesak agar kerajaan dan parti pembangkang australia itu menarik balik kenyataan tersebut.

Wah datang dah hero-hero panglima melayu...ini demo berapa budget satu kepala...untuk satu kepala ahli perkid-da dah tentu rm 50...lepas lah top-up boh...kalau kelas lembu tarik hidung tak perlu mahal perabis beras jer... 
 
Dulu kami anti demontrasi...kami gelarkan mereka yang berdemo BERSIH itu berok-berok jalanan...mereka menggangu orang ramai,menghalang lalu lintas sehingga jalan sesak beberapa kilometer...mereka berdemo semata-mata menuntut pilihanraya yang bersih...dulu kami tersasur kata mengatakan mereka itu beruk mat derih...kini sebagai memohon maaf kepada pendemo BERSIH kami pula berdemo dan kini kami juga adalah berok dan lebih dari itu.
 
cuba korang cari mana hero dari pasir mas...ke penang dia sanggup berdemo oi...kat Kl wartawan lagi ramai mesti lah lagi menonjol raja lompat tu...lu tengok lu pandang betul2 di mana mereka tu letak kalimah "ALLAHUAKBAR"Belum lagi reda isu kalimah ALLAH melarang penganut kristian pakai di gereja2.kehkehkeh memang umno manusia yang tak berakal dah la bodoh jahil agama pulak...weh..weh lu umno lagi hina lagi cilaka dari kristian...lu letak nama ALLAH kat kaki lu je kan...woittttt  lu patut mengucap dua kalimah balik...woit pendemo celaka lu semua aqidah sudah terpesong...cepat-cepat cari itu noh badut atau harusanny....lu semua patut islam kan semula...kehkehkeh

kehkehkeh...alahai baiknya polis bila puak-puak haram jaddah ni berdemo...takkan bekerja untuk umno kot...bapak polis umno bayar gaji ker?samseng sangat ker umno tu...kehkehkeh opssss lupa gaji dah naik hilang lah garangnya tu yerrrrrrr...!!!


Dengar citer ahli parlimen BN ada berdemo mana  nya?seekor pun tak nampak...mana suami zizie izety...mana pergi ker jarjisan...mana sri gading yang hebat-hebat dalam parlimen...takkan jalan raya tak berani nak turun...poliskan u bela...water canon kan u top-up...kehkehkeh...indah kabor dari rhgupa...!!!aduihhh letih main dengan budak2 hingusan...lain kali nak berdemo invite budak2 unit amal woi...baru perjalanan lancar polis pun suka tak banyak kerja...sebab tu perut polis bulat-bulat...kehkehkeh...untuk melihat video KLIK

 
Read more >>

Read more...

UMNO CELAKA..CELAKA..CELAKA

>> Wednesday, 17 February 2010

SUDAH KU JANGKA DITOLAK SIANG-SIANG SIAL


KAMI TERLALU KENYANG  MEMFITNAH PAKATAN

Salam untuk anwar...!!!anwar kau sapaer?kau hanya seorang pemimpin pembangkang yang lantang bersuara menentang kerajaan diktator...sudah di jangka awal-awal lagi tentang  kes perguguran  liwat yang dikendalikan tiga badut yang terlatih...ya sedara anwar ku yang dikasihi untuk pengetahuan sedara mahkamah itu mahkamah umno...pembinaan mahkamah menggunakan duit umno...hakim yang terlatih itu semua di tanggung oleh umno membiayai pelajaran beliau.

memang tak masuk akal sekiranya mahkamah menyebelahi kamu dalam kes pengguran liwat.memang dunia nak terbalik  atau mungkin mahkamah nak runtuh kot...mana mungkin mahkamah menyebelahi kamu walaupun laporan pakar H-K-L tidak mendapati tanda-tanda sebarang tusukan pada dubur Saiful.inilah fitnah dajjal yang berkaki dua bermata dua...sial

So tiada guna lagi bukti dari jabatan kerajaan...ditolak mentah-mentah,walaupun dah terang lagi bersuluh..."Seperti Hakim Mahkamah Tinggi, mereka turut mengambil pendirian bahawa laporan doktor itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk menggugurkan pertuduhan itu"... Siapa berani nak tuduh TGNA berzina,siapa nak tuduh TGHH berjudi.silakan kerana mahkamah tidak akan menyebelahi si tertuduh tambah-tambah dari pemimpin pembankang.

Umno memang kau celaka dunia akhirat...tunggulah saat kehancuran mu lambat bangat kamu akan meroyan dalam lokap sungai buloh menjadi badut-badut liar.

Kepada bro anwar doa mu tiada hijab so jangan tunggu lama-lama setiap detik and saat berdoalah memohon pada illahi moga-moga doa mu di perkenan...doakan si celaka-celaka tu supaya perut buncit sampai ke lutut biar orang kenal inilah dajjal kaki fitnah paling besar kat malaysia.
Read more >>

Read more...

UNTUK PENGGUNA JALAN RAYA SAHAJA OK

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


 
Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini; 

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.
malaysiatoday




 !!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
           !!!...http://ketuapolis.blogspot.com...!
Read more >>

Read more...

MARI KITA KENALI MUNAFIQEN NEGARA

Di dahului raja segala raja munafik lagi bangsat

Saya selaku ahli parlimen pasir mas bertanding di atas tiket pas setelah parti umno menendang saya jauh-jauh.Kini saya memang bercita-cita memasuki umno kembali setelah saya melihati umno lah parti yang boleh mengutungkan saya dan membuncitkan perut saya.Kini parti pas boleh blah kena tipu atas darat kering oleh saya.Bye-bye parti islam semalaysia.
Saya ahli dewan undangan negeri changkat jering bertanding atas tiket PKR,dan kini saya ahli bebas ala mesra umno meninggalkan pkr setelah SPRM mengekori saya berkaitan skandal rasuah.Oleh itu jalan selamat dari di ekori mereka hanyalah kau umno.
 
Siapa tidak kenali saya sewaktu dulu hanyalah seorang penghantar surat (mat piun) bertanding di atas tiket pkr,kini saya meninggalkan pkr setelah saya juga di ekori pegawai SPRM di dakwa melakukan skandal rasuah kerajaan negeri perak.Dengan itu jalan selamat saya juga mengikuti adun changkat jering melompat ke seberang laut,ala2 mesra dajjal di panggil parti pengkhianat.


Aku seorang amoi jelapang melompat setinggi-tinggi nya bersama-sama changkat jering dan behrang untuk menhancurkan kerajaan pakatan yang di beri mandat oleh rakyat perak.Setelah saya melihati perkembangan pakatan yang tidak mendatangkan keuntungan pada saya dan rakan2 saya.Apalagi saya mahu tunggu tanpa berfikir panjang melompat ke dalam lubang najis yang sewaktu dulu saya amat benci.Kini saya jilat kembali parti itu.Kerana BN lah parti cari makan maaaa...!!!


Saya ahli dewan undangan negeri lunas PKR mengikuti jejak rakan saya dari perak untuk menhancurkan bangsa dan negara saya.Sebenarnya saya tiada alasan yang kukuh untuk keluar dari PKR.Namun saya mengreka-reka alasan bahawa pakatan tiada duit untuk membiayai saya untuk membantu penduduk kawasan lunas.Dengan akal pendek lagi bodoh saya terus berenang jauh-jauh untuk menyelamatkan kedah dari terus di perintah oleh ustaz azizan.Saya juga dikenali sebagai adun lunas yang bermasaalah.
 

Saya anak pok loh dari P.kelang dan dari adun PKR juga kini tidak yakin dengan pemimpin saya iaitu anwar ibrahim  setelah saya mencurigai tentang kes liwatnya yang banyak mencari alasan menangguhkan kesnya di mahkamah.Itulah alasan saya untuk tidak bersama lagi dengan pakatan khususnya PKR.Sebenarnya alsan saya itu saje di reka cipta.setelah di fikir-fikir namun tidak di ketemui.Saya yakin anwar tidak melakukan liwat itu.apa kan daya bro zaman sekarang zaman duit.jalan untuk selamat di dunia hanyalah kau umno,iaitu parti lama saya yang saya duk kutuk ,maki hamun sewaktu dulu.namun kini saya lebih selesa menjilat semula kahak saya yang pekat lagi hijau..eeee


Saya MP bayan baru.Baru saje beberapa hari melompat mengikuti rakan2 saya yang gila duit.Saya mulai curigai dengan pentadbiran Lim guang em kerana beliau menindas kaum melayu dan berfahaman komunis.Dengan itu saya istiharkan diri saya keluar dari PKR menjadi mesra umno.Sebenarnya saya mengkritik kerajaan lim kerana dia jahat sangat tidak meluluskan projek padang golf saya berjumlah 40j,Beliau telah menutup periuk nasi saya dan keluarga saya.Dengan jalan itu lah saya mencari makan setelah dulu dengan umno saya tidak dapat cari makan sebanyak itu.Dengan jalan mudah tanpa berfikir panjang dengan akal banggang saya lalu saya masuk umno semula tanpa pedulikan apa pengundi saya nak kata.

KEHKEHKEH..siapa tidak kenal saya MP PKR kulim bandar baru.saya sebenarnya kalah dalam pertandingan PRU 12 yang lepas kerana gagal mengistiharkan harta.namun cerita belakang kasi kawtim dengan pihak lawan saya,beliau menarik ballik fail mahkamah itu.Tapi beliau mengenakan satu syarat iaitu berjanji hendaklah mengkucar-kacirkan pakatan rakyat dengan isu bercanggah di kalangan ahli pakatan yang lain.Kini saya kekal sebagai MP palsu.dn saya sebenarnya sudah menjadi ahli umno sewaktu perjanjian dengan beliau dengan mengisi borang umno dan telah menandatangani di depan loyal ala2 PR.Itulah silap saya,saya tidak menyedari loyal itu adalah dari pakatan.namun rahsia saya belum di ketahui umum lagi.Saya tdak hairan sedikit pun sekiranya PKR mahu membuang saya dari menjadi ahli.sebenarnya saya memang nak keluar dari parti tu.saya pembela islam bukan macam TGNA atua TGHH.itulah prinsip saya islam dulu baru parti.Namun sebelum rahsia besar di ketahui lebih ramai saya ingin keluar dari PKR.dengan alasan DAP yang jahat,PAS parti boneka DAP.Bagi saya itu semua parti mangkuk hayun yang tak bela nasib melayu,tak macam umno parti yang bakal saya lompat sanggup meroboh masjid bujal,rampas harta rakyat,tanah rakyat,itulah prinsip perjuangan saya yang selari dengan pegangang hidup saya...muahahahaha good by PKR ,umno pujaan hatiku

 !!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
           !!!...http://ketuapolis.blogspot.com...!
Read more >>

Read more...

TOLONG...!!! KETUA UMNO MINTA BANTUAN

>> Tuesday, 16 February 2010

Bekas ketua Wanita Umno Sungai Petani rayu bantuan

AKU TERKAYA...SILA MINTA BANTUAN DENGAN MAMAT NI.

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai

kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

"Keadaan ini memaksa anak saya yang sakit itu berkerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Khalijah berkata, beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan yang disediakan kerajaan.-Bernama
sinar

note:-
laaaaa....hamba ingat sokong umno boleh kaya...mana mamat terkaya dari kedah tu...sila beri bantuan...madey mana bangsa mung terkontang kanting ni...kehkehkeh

 
Read more >>

Read more...

WOIT ZUL...JANGAN CARI ALASAN SIAPA NAK TENDANG KAMU

Konspirasi ‘firaun kecil’ mahu tendang saya keluar PKR

SIAPA FIRAUN...BUKAN DARI KULIM KER

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menendang beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebalik prosiding lembaga disiplin minggu ini.


Zulkifli mendakwa usaha konspirasi itu termasuk menetapkan tarikh prosiding lembaga disiplin ketika beliau akan berada di Korea untuk menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa mulai Khamis ini.

“Melihat pada kenyataan-kenyataan yang dibuat, nampaknya keputusan sudah dibuat (untuk saya dikeluarkan dari parti,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR berkaitan tindakan saya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam PAS) mengenai isu kalimah Allah.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia untuk berhadapan dengan lembaga disiplin untuk mempertahankan prinsip dan pegangan saya dalam isu kalimah Allah,” katanya lagi.
Lembagai disiplin menetapkan 18 dan 23 Feb untuk Zulkifli menghadap mereka menjawab tuduhan yang dikenakan.
malaysianinsider



note:-
kahkahkah...siapa nak tendang siapa...siapa yang nak keluarkan kamu dari pakatan...cakap zul...bukan ker kau memang nak kelaur dari pakatan mangkuk...woi pembelot kalau sayang PR kenapa bertindak tak  mengikut peraturan...memang kau saje nak cari penyakit kan...memang kau cari alasan supaya di tendang kan...woittt porah pakatan tak perlu lah boneka umno dalam pakatan macam kau tu...kami dah tahu kamu tu memang sedang bercinta dengan umno ka...mengaku jela...jangan jadi munafik buat malu kupiah atas kepala je...konon membela isalm...kahkahkah...kawasan kulim berkucar kacir...duk sibuk hentam situ hentam sini...woit balik jaga kawasan la...kau sebenarnya kalah zul di kawasan kulim...kahkahkah kenapa calon lawan tarik balik kemenangan kau di sana?...bukan kah kau telah berjanji dgn umno kedah untuk menghuru-harakan pakatan...celaka kau zul....hak ptuiiiiiiiiiiiih
Read more >>

Read more...

BERARAK MAULIDUR RASUL TAPI HUKUM ALLAH TETAP LAWAN

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan Islam

 
MP PR YANG BAKAL MELOMPAT...SEBENARNYA MAMAT NI SUDAH MENGISI BORANG UMNO

Tepoh, KUALA NERUS
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.


Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.
buletinonline
Read more >>

Read more...

ERA BARU MENGANYANG KATAK MELALUI FACEBOOK

>> Monday, 15 February 2010

Protes Facebook desak Zahrain kosongkan kerusi Bayan Baru






KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain (gambar), bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil mereka.

 themalaysianinsider

Read more >>

Read more...

KEHILANGAN PESURUHJAYA PAS WP

Pesuruhjaya PAS Wilayah hilang sejak Khamis

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor (gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.
Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya hanya tahu apabila dimaklumkan pagi tadi bahawa keluarganya akan membuat laporan polis... beliau keluar rumah Khamis lalu dan tidak dapat dikesan sejak itu.

“Oleh itu, saya sudah meminta ahli-ahli Pemuda PAS supaya menggerakkan usaha mengesan beliau,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali yang menghadiri mesyuarat koperasi itu memberitahu Harakahdaily, Mohamad ada memaklumkannya mahu berjumpa dengan kawan beliau tengah malam selepas mesyuarat itu.

“Namun sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar Mohamad berada dalam keadaan selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

“Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera,” katanya.
Dalam pada itu anak Mohamad, Umar berkata kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada malam Jumaat lalu.

Katanya, kira-kira pukul 8 pagi keesokan hari telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.
“Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah kami,” kata Umar.
Menurut Umar lagi, perkara ini tidak pernah berlaku ke atas ayahnya kerana beliau akan memaklumkan pergerakannya kepada keluarga mereka.themalaysianinsider 
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER