Powered by Blogger.

GEREMBOLAN KINI MENYERANG KULI

>> Thursday 18 February 2010

Cikgu Pa Nafi Ku Li ‘Kluk Klek’

 INI BUKAN KULI INI ADALAH KUALI


KUALI DI SEBALIK KULI

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menafikan fitnah yang dilemparkan oleh Umno kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Beliau mendakwa Umno telah melancarkan serangan menuduh Ku Li tidak konsisten atau ‘kluk klek’ terhadap kes royalti minyak yang telah digantikan dengan ‘wang Ehsan’.

”Apabila kes royalti (minyak) di Kelantan rimbul, Tengku Razaleigh pergi ceramah di Kelantan, Umno marah habis,

”(kerana Ku Li) pemimpin Umno, ahli Parlimen Umno, beritahu (orang ramai) bahawa tuntutan (royalti) kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan yang dipimpin PAS adalah betul, kerajaan Pusat tak betul,”katanya ketika menyampaiakan ucapan di Majlis Ceramah sempenah Nadwah Ulamak’ Kuala Nerus, baru-baru ini.

Menurut Dato’ Mustafa, walaupun tindakan Ku Li dianggap sebagai ‘lawan tauke’ namum Umno tidak berani mengambil tindakan disiplin keatasnya.

Oleh itu, katanya, Umno menuduh Ku Li ‘Kluk Klek’ kerana kata mereka, sewaktu kes royalti bertukar menjadi Ehsan berlaku di negeri Terengganu, Ku Li telah mendakwa kerajaan Pusat betul.

Justeru, selaku Exco yang terlibat secara langsung dengan kes tuntutan royalti di Mahkamah, Dato’ Mustafa menegaskan bahawa Umno telah mebuat tuduhan yang tidak betul keatas Ku Li.

”Dia (Umno) buat tuduhan yang tak betul, sebab waktu itu, walaupun Tengku Razaleigh pimpinan Umno, tetapi dia sanggup menjadi saksi kepada kerajaan negeri Terengganu,

”Nak menyatakan bahawa, perjanjian (akta Petroleum) itu ada, dia (Ku Li) juga salah seorang yang menjadi penandatangan, dan kerajaan Pusat tak betul,”jelasnya.

Katanya, beliau mahu membetulkan fakta supaya Umno jangan ‘sedap mulut’ menuduh Ku Li ‘kluk klek’ sedangkan ia tidak berlaku.buletinonline


0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER