Powered by Blogger.

ERA BARU MENGANYANG KATAK MELALUI FACEBOOK

>> Monday 15 February 2010

Protes Facebook desak Zahrain kosongkan kerusi Bayan Baru






KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain (gambar), bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil mereka.

 themalaysianinsider

1 comments:

jebat_berani Tuesday, February 16, 2010  

salam sahabat...blog tuan hamb telah hamba linkkan di blog hamba...sahabat juga boleh linkkan blog hamba dan blog sahabat-sahabat yg lain sebagai tanda sokongan kepada blogger pakatan rakyat...semoga kezaliman umno/be-end berjaya kita tumbangkan...http://jebatberani.blogspot.com

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER