Powered by Blogger.
Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Rm26 juta dihabiskan oleh najib untuk ke luar negara

>> Tuesday, 19 June 2012


Kahkahkah inilah wasatiyah al-rosmahi. yang dipertua izinkan abang k nak  mencelah, bilangan pegawai berjumlah 1108 termasuh Rosmah Mansor ke tak? saya rasa tak termasuk <---(nada bersangka baik) sebab kalau rosmah ikut  lagi menelan belanja berlipat kali ganda.



KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009 telah menelan belanja sebanyak RM26,080,144.39.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang meminta perdana menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.

Mengikut pecahan tahunan, Nazri memaklumkan bahawa pada 2009 perdana menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.

Tahun 2011 adalah paling kerap iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Manakala untuk separuh tahun 2012, sebanyak 8 kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.-hd

p/s: membazir amalan sOltan dan UMNO

Read more >>

Read more...

Najib menipu rakyat lagi selepas menghina kelantan

>> Saturday, 3 March 2012


Baca bawah ni petikan media pengampu tahap jilat menjilat kat bawah ni


KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak. - BERNAMA



Dah baca dah faham? apa yang den nampak jelas dan padat penipuan berlaku lagi  kat atas ni. najib kata Lynas ni tak merbahaya dan selamat. kalau selamat jangan buat jauh-jauh dari penempatan penduduk. den cadangkan ekau buat jer kat pokan dan ekau selaku PM anak jati pahang stakat nak cari seluas tanah takdo masalah.

kalau ekau masih tak memahami apo den cakap ni silo poie ambik wuduk pastu ekau tahajjud duo rakkat insyallah paham lopeh ni. ini adalah berita mengembirakkan rakyat ini adalah janji pilihanrayo.adakah ekau konal Bn baru semalam? kenapo ekau tak cakap jer dopan2 rakyat Kuantan? phuihhhh politik bulshitttt

Read more >>

Read more...

Slogan terbaru bn untuk anak muda-tapi kami tak bodoh

>> Monday, 21 November 2011



KUALA LUMPUR 20 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN) khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu iaitu ‘BN Pilihan Orang Muda.’

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO melancarkan slogan itu selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Khairy berkata, slogan itu akan digunakan oleh sayap Pemuda dan Puteri UMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya umum selain menarik undi golongan muda. - Utusan

Ulasan admin:-
Bagilah slogan ker hatta wang atau pangkat kami terima tetapi terima tapi nak bagi undi kepada Barisan Nasional tidak sesama skali,kami anak muda tak rela maruah kami tergadai,kami tak rela nak merosakkan aqidah kami demi kerana pangkah UMNO BN dalam pilihanraya.



Kami anak muda bukan macam zaman mahathir(kuku besi) kami tak sebodoh zaman paklah berselindung di belakang ISLAM HAD HARI apatah lagi kami nak terpedaya dengan one malaysian ala2 one Israel.kami sayang negara kami Malaysia dari tangan2 yang zalim lagi khianat.

Read more >>

Read more...

{video inside} NAJIB bercakap bohong,ADAKAH MELAYU SEDAR?

>> Saturday, 19 November 2011

KUALA LUMPUR, 19 Nov ― Sementara desakan meningkat agar 13 tahanan terbaru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, Dewan Ulama PAS mendesak Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berkenaan penahanan individu terbabit, dipercayai pengikut atau penyokong parti itu, di Sabah awal minggu kerana disyaki sebagai militan.

Sebahagian daripada mereka dilaporkan rakyat tempatan dan merupakan guru agama.

Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat Nazmi Nik Din berkata, penahanan mereka bercanggah dengan perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

“Kita harap Perdana Menteri tidak berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai pemansuhan ISA,” kata Nazmi dipetik Harakahdaily.

“Kita mahu semua mereka yang bersalah dibicarakan di mahkamah, buat apa kita mansuh ISA tapi roh ISA masih ada, kita mahu roh dan jasad ISA dihapuskan, kita mahukan seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah,” tegas beliau lagi.

Dalam Islam, kata Nazmi, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah.

Justeru, ujar beliau, kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan.

Dalam pada itu PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah ISA ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada ahli-ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

“Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu,” kata beliau.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

“Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka,” katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

“Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

“Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah,” tegasnya.

Suhakam dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) juga mahu mereka dibebaskan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Hishammuddin berkata penahanan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Kelmarin, Ismail mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.

Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan.TMI

Perhatikan minit ke 3.42


Read more >>

Read more...

Bila rakyat sudah cerdik bala buat Umno

>> Thursday, 31 March 2011

Kegelisahan Mat Monggol melihat kebangkitan rakyat yang mula sedar dari dibodohkan selama 53 tahun. 


p/s
Bila rakyat bodoh itu lah matlamat umno
Bila rakyat jadi pencacai mudah diperkudakan
Bila rakyat banggang senang di lembu kan
Bila masyarakat jadi Kaldai umno 2/3 majoriti
Bila rakyat benggong maruah rakyat tergadai
Bila rakyat jadi bodoh,banggang dan benggong maka naiklah pemimpin lembu

Bilo rakyat sudah bangun terbayang ke Mongolia Najib jd kedutaan,
Bila rakyat cerdik mat monggol teringat nasib si mubarak....kahkahkah



!!!...UMNO REFORM MENUNTUT PERUBAHAN YANG LEBIH  ISLAMIC beb...!!!
Read more >>

Read more...

Lagi perhimpunan aman tak porlu permit.

>> Saturday, 26 March 2011

Dijemput semuo hadir :-

Mat-mat rempit di alu-alukan,
Minat rempit ayuh skali dont pakai tight,
Dataran di tutup malam ni dan malam esok,
Jangan bimbang beb polis baik dua hari ni,
Permit lamo bonar dah lulus,
Peluang perhimpunan ini jangan lopeh beb,
Perhimpunan ini juga di sertai oleh najib UMNO dan pimpinan PR,
Event tak pornah berlaku sebelum dan selopeh merdeko beb,
Insyallah tiado  provokasi dari Special Branch,
Kalau ado memang SB mampos muko nak jadi BABI.








Silo ikut arrow ni beb kalau idok ekau sosat




Hari ini beb,rakan-rakan blogger di jomput hadir samo, boleh kito bergambar dgn ustaz jkk


Esok bhai, harap keduo perhimpunan ni dapat di meriahkan oleh jomaah UMNO dan PAS.
p/s:
Barisan kepimpinan Najib turut  hadir di temani oleh isteri tersayang,
Pembaco2 tv 3 dan kru2 berkenaan turut hadir,
Maso kito bergabung atas namo islam beb,
bik ekau janggan lari sudah ler.



!!!...UMNO REFORM MENUNTUT PERUBAHAN...!!!
Read more >>

Read more...

Penasihat Najib seorang Gay, siottttttttttt

>> Wednesday, 16 March 2011

Sebuah laporan di laman sesawang Malaysia Chronicle, [Malaysia Chronicle] oleh Mariam Mokhtar mendedahkan bahawa Penasihat Najib Tun Razak, merupakan seorang gay.

Laporan itu turut menyebut bahawa Khairil Annas Jusoh, penasihat Perdana Menteri telah melalui satu perkahwinan palsu, "Lavender Marriage" [Wikipedia], bagi menyembunyikan kecenderungan sifatnya yang homoseksual.

Khairil Annas Jusoh yang juga bekas penuntut lepasan UIA, didakwa diketahui sebagai melakukan "homoseksual secara tersembunyi" "Closet Homoseksual". Malah sebilangan rakan-rakannya di universiti dan Sekolah Menengah Alam Shah didakwa mengetahui tabiatnya itu.

Pada 30 Jun 2010, Khairil Annas dikatakan telah berkahwin dengan Syarifah Nabila Sara, anak perempuan Syed Abdul Rahman Alhabshi seorang Pegawai kehormat Monggolia di Malaysia.

Sebulan selepas perkahwinan tersebut, Syarifah Nabila dikatakan telah bergegas pulang ke rumah untuk mengadu kepada ayahnya apabila menyaksikan Khairil sedang melayan pelbagai lelaki-lelaki di atas katil kelamin mereka.

Malaysia Chronicle mempersoalkan mengapakah Syed Abdul yang pada mulanya percaya dengan aduan anak perempuannya, tiba-tiba berubah fikiran?

Tambah menarik, inilah Pegawai Khas najib yang telah ditemui di Jabatan Perdana Menteri oleh Saiful Bukhari Azlan, orang yang telah menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya.

Saiful Bukhari mendakwa (juga diakui oleh Najib) dia bertemu dengan pegawai khas Najib, Khairil Annas ini untuk memohon biasiswa sedangkan dia telah dibuang dari Universiti Tenaga Nasional kerana pointernya yang rendah (1.80).

Pegawai Kehormat Monggolia, Syed Abdul sebelum ini pernah menuduh pihak Polis sengaja menutup kes pembunuhan Altantuya, malah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Malaysia.

Beliau juga pernah mengesahkan bahawa beliau memiliki gambar bersama Najib, Altantuya dan Razak Baginda serta telah menyerahkannya kepada Ketua Polis Negara pada masa itu. namun pada Pilihanraya Kecil permatang Pauh 2008 dia melakukan pusingan "U turn".Kredit untuk milosuam.

Read more >>

Read more...

AKU MAHU NAJIB

>> Wednesday, 16 December 2009

                                                     HIDUP NAJIB

MP-MP PENYELAMAT KERAJAAN NAJIB:-



MP PAS

P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat


MP PKR

P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim


MP DAP

P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim


MP BEBAS

P022 Pasir Mas Ibrahim Ali
P171 Sepanggar Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau Chua Soon Bui


note:-
tanpa menafikan kewarakan sesetengah ahli parlimen PAS, melalui sistem demokrasi parlimen yang kita junjung, parlimen merupakan badan yang tertinggi yang bertindak meluluskan sesuatu rang undang-undang.

oleh itu, wajib setiap ahli parlimen PR hadir ke sidang parlimen yang diadakan 3 kali je setahun (siap dapat elaun lagi)

kerana terdapat segelintir ahli parlimen PR yang gagal menghadirkan diri, pengundian tersebut dimenangi oleh BN (baca:kerajaan)

jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna dan mahal untuk semua wakil rakyat (samada parlimen atau dun)


terima kasih yb2...!!!
diatas kerana menyelamatkan kerajaan najib kesayangan semua...!!!
18 orang tak termasuk mp bebas ala2 al-katakri syabas diucapkan...!!!
diharap lepas ni jangan buat pc depan wartawan merapu...!!!
letih pengikut hampa nak jawab boleh pecah oooo...!!!
mark nama dan muka diorang...!!!
time ceramah berapi2 nak bungkus najib...!!!
time cam ni korang pulak buat hal...!!!
ada alasan yang munasabah atau uzur syarie ke...!!!
ada kematian orang tua itu boleh terima yb...!!!
jangan ada balik tidor main dgn anak bini dah la...!!! 
buat pengajaran yang amat besar pada pr...!!!
dan mungkin rakyat malaysia takkan lupa korang...!!!
sebab korang penyelamat kerajaan najib...!!!
memberi mandat setinggi-tingginya...!!!
yb semua balik cermin diri masing2...!!!
muhasabah diri cukup2...!!!
sejauh mana perjuangan kita...!!!
huhuhuhu....hidup najib.....lalalala...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER