Powered by Blogger.

{video inside} NAJIB bercakap bohong,ADAKAH MELAYU SEDAR?

>> Saturday 19 November 2011

KUALA LUMPUR, 19 Nov ― Sementara desakan meningkat agar 13 tahanan terbaru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, Dewan Ulama PAS mendesak Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berkenaan penahanan individu terbabit, dipercayai pengikut atau penyokong parti itu, di Sabah awal minggu kerana disyaki sebagai militan.

Sebahagian daripada mereka dilaporkan rakyat tempatan dan merupakan guru agama.

Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat Nazmi Nik Din berkata, penahanan mereka bercanggah dengan perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

“Kita harap Perdana Menteri tidak berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai pemansuhan ISA,” kata Nazmi dipetik Harakahdaily.

“Kita mahu semua mereka yang bersalah dibicarakan di mahkamah, buat apa kita mansuh ISA tapi roh ISA masih ada, kita mahu roh dan jasad ISA dihapuskan, kita mahukan seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah,” tegas beliau lagi.

Dalam Islam, kata Nazmi, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah.

Justeru, ujar beliau, kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan.

Dalam pada itu PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah ISA ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada ahli-ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

“Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu,” kata beliau.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

“Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka,” katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

“Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

“Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah,” tegasnya.

Suhakam dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) juga mahu mereka dibebaskan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Hishammuddin berkata penahanan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Kelmarin, Ismail mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.

Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan.TMI

Perhatikan minit ke 3.42


0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER