Powered by Blogger.
Showing posts with label UMNO JUARA MENIPU RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label UMNO JUARA MENIPU RAKYAT. Show all posts

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

>> Friday, 6 July 2012


Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..


ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

Ng berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.

Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.

"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut.mkini

p/s: semakin dekat PRU semakin tak bermaruah umno
Read more >>

Read more...

selama 27 tahun bersama umno akhirnya ditinggalkan juga

>> Saturday, 19 May 2012

Berita tak keluar di tv3



BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. Rembat sini

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. video

p/s: Parti lebih 50 tahun gagal menolong orang melayu? ini sah tak dapat projek<---- kata ahli umno ..kahkahkah tahniah2

Read more >>

Read more...

Patut ratusan ribu hadir 66tahun umno, nah bukti

>> Friday, 18 May 2012

Lupakan sekejap pasal umno dan 66 tahunnya, mari jkk nak bagi satu petua yang rasanya anak muda khusunya belasan tahun yang masih bersekolah bagaimana nak mengatasi masalah yang boleh anak muda amalkan, Abang jkk harap adik2 yang ada masalah suka kencing malam atau suka makan pil kuda,bolehlah amalkan petua camgini k, dan rajin2 lah sebar, maklumlah benda baik jangan kedekut untuk dikongsi.

serba boleh boh

Yang ini apa cerita weh? apa makna AUKU? apa makna haram jaddah najib weh? apa makna memperggunakkan budak sekolah untuk program  politik? apa makna rosmah  sebenarnya? apa benda ini semua?  tengok bawah ni apa makna ini semua? aku masih pening, masih binggung dengan dunia yang dizalimi umno. tengok bawah ni nanti karang kau kata aku fitnah. 

cuba kira arrow biru aa brapa batang?

Adakah AUKU digunapakai hanya untuk parti pembangkang? apalah alasan korang bagi kat mak bapak budak ni agaknya, apalah tipudaya digunapakai oleh Najib untuk menipu penjaga2 budak2 ni bagi menghalalkan budak2 ini hadir ke program umnuuu. Agaknya apa resepi kejayaan program berat66 umno ni. sehingga berjaya memperbodohkan kanak2 yang masih mentah dalam dunia politik hari ini. 

p/s apa2 pun umno tak bleh lah.

Read more >>

Read more...

Penang bakal tumbang beb

>> Saturday, 2 April 2011

Sapo percaya berita ni?




p/s
Berita gembira buat gerombolan.
Rakyat luah ron97 kenapo naik 20sen.
Rampas merampas ni istilah lanun mano pakai.
Perak pun kena rampas.
Tinjau kawasan mano nak rampas Adun/MP
Gerakan tadbir penang sonang rampas mutiaro
Orang gilo mano percayo kato2 perampas ,penakut bini ni.
Mp PKr pun ramai kono rampas beb.
Jangan sampai bik mama keno rampas dengan mat boroi...kahkahkah
Read more >>

Read more...

Bukti umno sayang judi

>> Tuesday, 15 March 2011


'Pengharaman judi di KT masih berkuatkuasa'

Pengharaman terhadap premis perjudian di Terengganu didakwa masih lagi berkuatkuasa melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai bahagian perlesenan yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu, pengharaman itu dikuatkuasa sejak 1999, semasa negeri itu diperintah oleh PAS.

"Kami (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit (untuk premis perjudian) kepada sesiapa pun sejak PAS memerintah pada 1999 sehingga hari ini, kerana perkara itu adalah haram.

NONE"Dan sekarang, di bawah pentadbiran BN, pengharaman itu masih lagi diteruskan kerana tidak menerima sebarang permohonan atau arahan untuk meluluskannya atau mengeluarkan permit premis perjudian kepada mereka yang berminat," katanya.

Bagaimanapun, Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras bahawa pengharaman tersebut telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004.

"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik.

"Berkaitan dengan premis perjudian, sesiapa (yang berminat) boleh memohon permit membuka premis perjudian, selagi mereka mengikut syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang," kata Toh ketika dihubungi Malaysiakini.
Read more >>

Read more...

PROJEK GILA BARU

>> Wednesday, 24 February 2010

 Oleh:-KetuaPolis

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Darat akan memperkukuhkan lagi ketombokan pasukan itu dengan mewujudkan Unit Helikopter Tempur sebagai memperlengkapkan sayap pertahanannya.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, permohonan telah dibuat di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, tetapi keputusan pembelian helikopter tempur itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Tentera Darat telah membuat permohonan untuk mendapatkan aset itu dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk memperolehi aset berkenaan,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
 
note:-
kehkehkeh...woitttt enjin hilang lagi mahu ada projek ka...kali ni berapa billion pulak rasuah....opsss sori komisyen...kalau ikut mampu memang mampos la oi...kera...jaan mana ada duit...budak sekolah pun berambus setiap minggu...Projek Gempur Sampai Tekentut baru nak launching...ini tanda kere..jaan sudah bankrap tahap gaban.




!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

BACA BOLEH,PERCAYA JANGAN

>> Sunday, 10 January 2010

Cermin surau Taman Menara Maju pecah dibaling batu

Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat Shah Alam didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.

Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.

Bernama melaporkan Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.

Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan.-9/1/2010


 

note:-
tengok,baca,faham,kaji,teliti betul2...!!!
usah percaya bulat-bulat nanti kepala jadi biiol...!!!
ini sumber berita dari akbar media yahudi malaysia...!!!
belum terpapar di dada akhbar mana-mana media...!!!
awas...!!! sentimen api perkauman umpama ribut taufan sedang di tiup...!!!
jangan cepat melenting,melatah,yang untung gerombolan...!!!
operasi lalang banyak mengajar pahit manis tawar dalam isu ini...!!!
maka inilah petanda pru bakal menjelang...!!!
umno juara rakyat launching already...!!!
so jangan tidor lagi...!!!




  









Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER