Powered by Blogger.
Showing posts with label BERITA SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label BERITA SELANGOR. Show all posts

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

>> Friday, 6 July 2012


Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..


ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

Ng berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.

Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.

"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut.mkini

p/s: semakin dekat PRU semakin tak bermaruah umno
Read more >>

Read more...

PTPTN juga membekukan pelajar KUIS

>> Friday, 8 June 2012


Kegilaan umno semakin ketara, bersifat dendam politik terhadap pelajar2 yang rata2nya anak melayu, sebelum neh pelajar2 unisel telah dibekukan oleh PTPTN atas alasan menteri kurang cerdik kata ianya memberi peluang kepada kerajaan PR selangor menunaikan janji manifestonya menghapuskan PTPTPN sekiranya PR memerintah NEGaRA.

KaLau cakap bengong umno banga kalu cakap umno neh lembu sememangnya lombu, PR janji bila dapat tawan pentadbiran putrajaya bukan negeri ngokssssssss. 


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.
"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.
"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.
Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.
Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti.
"Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik.
"Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri.
Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka.
"Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini  seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.-sh

p/s: Letih layan kebodohan umno neh
Read more >>

Read more...

10 Tahun tunggu gelanggang futsal-tq Jkkk selangor

>> Monday, 4 June 2012


Akhirnya di bawah Pakatan rakyat juga terbinanya gelanggang itu, Penantian suatu peyeksaan boh, Tak tercapai akal zaman Pemerintahan rejim asad eh silap BN.


KUALA LANGAT 4 JUN: Setelah hampir 10 tahun menantikan gelanggang futsal dibina, akhirnya impian golongan belia Kampung Permatang Pasir, Morib, di sini, menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor.

Menurut setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Abd Razak Ramli, pihak JKKK telah berusaha memohon peruntukan pembinaan gelanggang futsal semenjak BN mentadbir negeri ini lagi.

“Kira-kira hampir 10 tahun kami usahakan, tetapi banyak kerenah dan alasan ditimbulkan oleh pentadbiran lama termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Padahal kami bukanlah minta stadium, cuma gelanggang futsal sahaja,” kata beliau.

Penantian itu berakhir pada Mac lalu apabila gelanggang itu siap untuk kegunaan orang kampung dan dirasmikan Pengerusi JKKK Kampung itu, Hassan Abdol Hadi.

Bagi meraikan acara itu, kampung tersebut Pertandingan Futsal Tertutup Kampung Permatang Pasir.

Abd Razak berkata gelanggang itu begitu popular dengan anak muda sampai ia menjadi kawasan tumpuan kampung itu.

“Sambutan golongan belia sangat baik, sebelah petang atau malam hari-hari biasa pun biasanya ada sahaja anak muda  kampung ini yang beriadah di sini.

“Secara tidak langsung dapat mengelak dari golongan ini terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” kata Razak.

Seorang ahli JKKK Kampung Permatang Pasir, Raja Mahmud Raja Abd Hamid pula, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan berharap kemudahan di gelanggang ini dinaikkan taraf lagi.

Dalam tinjauan di gelanggang tersebut, Selangor Kini sempat menemubual golongan belia di kawasan ini.

Mohd Azwan Asgari, 23 berpendapat gelanggang seperti ini dapat menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara sebab banyak bakat bola sepak lahir dari kampung-kampung.

“Tidak mustahil kalau suatu hari nanti ada anak jati kampung ini mewakili negara dalam sukan bola sepak atau futsal.

“Selain itu kami dapat beriadah dan terhindar dari gejala negatif lain.”-selangorku

p/s :mulia sungguh hati mu jkk
Read more >>

Read more...

Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama

>> Thursday, 31 May 2012


Bukan nama umno kalau tak buat kerja bangang


SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.

Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.

“Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.

“Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ,” katanya.

Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.

Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.

“Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.

“Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain,” kata beliau lagi.  


Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.

“Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

“Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang,” ujar Khasim.

Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa  bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.

TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali.-slangorku

p/s: kau nak buat ko punya pasal janji sokong umno dulu kini n selamanya. bukan nama umno kalau tak buat kerja bangang

Read more >>

Read more...

Penyakit vandalisme menular di Kuala Langat, Ini mesti kerja PR

>> Thursday, 24 May 2012


Kerja orang bodoh kalau cerdik manakan bak buat kerja remeh.


KUALA LANGAT 24 MEI : Gambar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sekitar Banting dan Morib sekali lagi diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini merupakan kejadian kali ketiga yang berlaku di kawasan itu dalam masa dua bulan.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari berkata sebelum ini dua kali papan iklan diconteng dan disimbah cat.

“Tidak sampai sebulan MDKL menggantikan beberapa papan iklan yang disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kali ini ianya diconteng pula,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata perilaku vandalisme itu merugikan harta benda awam serta mencacatkan persekitaran.

Hafiz yang kesal dengan perbuatan vandalisme yang dilakukan kerana pihaknya terpaksa menukar papan iklan itu dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Bagaimanapun MDKL sudah merancang menggantikan papan tanda berkenaan kepada papan tanda lain selewat-lewatnya minggu depan.

“Kami perlu menggantikan papan iklan sedia ada kepada papan iklan ‘Visit Kuala Langat’ minggu depan tetapi tidak sangka semalam kejadian yang sama berulang semula.

“Masyarakat perlu tahu papan iklan yang diganti semula memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi kerjasama daripada semua pihak untuk menjaga harta awam perlu digiatkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang kecewa dengan tindakan berulang kali itu menggesa pihak yang bertanggungjawab agar datang bersemuka jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan.

“Lebih menyedihkan bulan ini merupakan bulan melawat Kuala Langat dan kejadian ini memberi kesan kepada tanggapan pengunjung terhadap daerah ini,” katanya.

Abdullah Sani berkata, baginya tindakan memangkah gambar pemimpin PR merupakan tindakan sabotaj selain menakutkan orang ramai untuk memilih PR dalam pilihan raya akan datang.

p/s: Tak berani aku nak tuduh mana-mana pihak, kata geng itu, puak ini jadi fitnah plak. kalau tengok gambar atas rasa2nya budak2 mabuk pil kuda  ni...bersangka baik. sini
Read more >>

Read more...

Perempuan 15tahun antara ditahan kerana berjudi

>> Monday, 21 May 2012

Jeng molek


KUALA KUBU BARU — Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun adalah antara sembilan orang yang ditahan ketika polis membuat serbuan ke atas empat premis di Hulu Bernam di sini yang menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.

Pegawai Turus Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor DSP Rohan Shah Ahmad berkata pelajar perempuan itu sedang mengambil pertaruhan judi loteri daripada pelanggan ketika serbuan itu yang dilakukan secara serentak.

Beliau berkata keempat-empat premis itu yang terletak bersebelahan antara satu sama lain berselindung di sebalik kedai gambar, kedai pancing, kedai telefon bimbit dan kedai kopi untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Selain remaja perempuan itu polis turut memberkas lapan yang lain yang berumur antara 20 dan 59 tahun yang merupakan pelanggan serta anggota sindiket perjudian.

"Kejayaan membongkar kegiatan itu adalah hasil risikan yang anggota kita jalankan selama seminggu dan sindiket perjudian itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.

Beliau berkata serbuan selama dua jam itu yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam disertai oleh empat pegawai dan 16 anggota polis dari IPK Selangor dan IPD Hulu Selangor.

Rohan Shah berkata kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka. Bernama

p/s: dunia ameno apa nak heran, menteri pun songlap wang rakyat rilek jer bebas kesana -kesini

Read more >>

Read more...

SELCAT-Ketirisan sejumlah RM500 juta bawah pentadbiran Barisan Nasional

>> Tuesday, 6 March 2012



SHAH ALAM, 6 MAC : Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki mendakwa ketirisan sejumlah RM500 juta daripada Yayasan Selangor dari 1991 hingga 2008 berlaku semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan menyarankan ia disiasat segera oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau membuat dakwaan demikian di sesi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang sedang berlangsung di sini, hari ini.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Kim, dalam reaksi balasnya memberitahu jumlah yang dimaklumkan oleh Ilham itu adalah satu nilai yang besar dan sebagai seorang pengurus beliau telah membuat kajian mengenai ketirisan tersebut. 

"Saya cadangkan supaya audit bebas dilantik untuk menjalankan forensik audit, saya rasa itu lebih sesuai kerana melibatkan jangka masa yang begitu panjang. Kalau kita nak libatkan pihak kerajaan mungkin makan masa tapi melibatkan kos yang tinggi (lantikan audit bebas). Saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan samada ini harus dilaporkan atau tidak mengikut dakwaan Iham," ujarnya.

"Kajian kami menunjukkan dari tahun 1991 hingga Mac 2008 terdapat ketirisan berjumlah hampir RM500 juta di Yayasan Selangor.

"Kami sudah melaporkan perkara ini kepada SPRM tetapi tiada tindakan selanjutnya diambil sehingga kini. Saya simpan berkota-kotak dokumen bukti dalam pejabat saya." katanya lagi di sesi berkenaan.
Read more >>

Read more...

[Vidoe Inside]Terbongkarnya isu banjir di Kajang yang dipolitikkan blogger UMNO

>> Sunday, 4 December 2011

Kenyataan blogger umno yang BERIMAN

Yang dipolitikan oleh blogger umno memakan diri

Segala-galanya nak dipolitikkan, bahkan isu banjir jumaat lepas di kajang pun nak dipolitikkan oleh umno kononya akibat banjir itu berpunca daripada kerajaan PR Selangor. kepada blogger2 umno yang suka membuat tuduhan liar apo salahnya off topic tuduhan ekau tu reramai segerombolan poei nolong mangsa banjir, daripado ekau menulis yang mengarut tak berfakta,silap2 jadi fitnah.

kerja hentam menghentam di kalangan United Musyyrikin national Organisation memang dah terkonal. so bagi mereka yang duk dalam dunia politik memang tak menjadi kehairanan. lebih dari itu gerombolan boleh buat tanpa takut pado dosa.



Kerja2 pembersihan dilakukan

KAJANG 3 DIS : Kejadian banjir kilat terburuk di sini semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah Hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun lalu sebelum Kerajaan Negeri Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
  
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata selain itu hujan lebat hampir tiga jam yang berlaku di kawasan bandar itu selain kegiatan penerokaan hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk antara punca banjir besar tersebut

Sebelum kita (PR) masuk menjadi kerajaan, keseluruhan hutan sebanyak 200 hektar sudah ditebang tebas, seluruh bukit memang sudah botak, tidak ada pokok yang dapat menyerap air. Mereka (peneroka) telah tebang tebas dan air hujan yang melimpah sebanyak ini memang tak dapat ditampung oleh hutan. Semuanya merupakan air larian atas permukaan dan masuk ke Sungai Jeluk.

"Ini semua telah dibawa dalam mesyuarat PAC iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam dan Kerajaan Negeri sudah meneliti.

Oleh kerana pajakan sudah diberi kepada penanam peladang getah, jadi kita masih dalam proses kaji bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengambilalih dan kita boleh tanam (semula) dengan pokok semulajadi di hutan supaya hutan simpan ini dapat kembali tumbuh dan menyimpan air hujan yang merupakan satu sumber air juga," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di sekitar bandar itu di sini hari ini.[tvs]

Kerugian anggaran kasar keseluruhannya RM 3j

Jawapan buat blogger umno



admin: Berbohong memfitnah dan menjadi darah dading
Read more >>

Read more...

Siapa tahu alamat rumah pakcik ni -ilmunya Power

>> Monday, 28 November 2011

HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia.

Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, selepas dia membawa dua daripada lima anaknya ketika itu, baru saya menyedari dia bersungguh-sungguh, malah lebih mengharukan apabila kedua-dua anaknya sibuk menguruskan perkahwinan kami di kampung saya dan menerima saya seadanya.

“Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.

“Saya pada mulanya risau, mana tahu saya dijual atau tidak dilayan sebagai isteri, namun selama setahun kami hidup bersama saya akhirnya berasa selesa, malah hingga kini sering berulang-alik ke Medan, menyebabkan kebimbangan adik-beradik hilang,” katanya.

Kini, selepas sembilan tahun berkongsi hidup dengan Abdul Aziz, Noraida yang bunting pelamin ketika perkahwinannya mempunyai dua cahaya mata yang menyerikan hidup mereka iaitu Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.

Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya sama ada dia mengamalkan pemakanan atau senaman tertentu memberitahu, tiada amalan atau rahsia yang diamalkannya kecuali melakukan senaman ringan pada awal pagi dan mengelak minuman sejuk, selain sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.

“Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi,” katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.

Menurutnya, perkahwinan terbarunya adalah yang ketiga. Perkahwinan pertama pada 1960 dan dikurniakan lima anak kini berusia 49, 48, 46 dan 44 tahun (anak bongsu meninggal dunia pada usia 17 tahun dalam nahas jalan raya).

“Isteri saya meninggal dunia sebelum saya mendapat pengganti, tetapi perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan akhirnya kami berpisah. Kami juga tidak ada zuriat sebelum saya berasa kesunyian lalu bertemu jodoh dengan wanita dari seberang ini.

“Sebenarnya jodoh kami adalah hasil usaha keluarga saya yang masih ada di sana kerana saya berketurunan Mendeling dan merekalah yang menemukan kami berdua.

“Alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa bahagia dengannya, malah anak saya juga menerima perkahwinan ini,” katanya.

Menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, beliau berkata, anaknya pulang menyambut lebaran di rumahnya dan ada kalanya ke Medan menyambut hari raya di sana.

“Kalau ada rezeki lebih, kami akan beraya di sana, malah Aidiladha lalu, anak saya turut mengadakan korban di kampung ibu tiri mereka dan ia sangat mengharukan saya,” katanya.

Abdul Aziz yang masih boleh membaca tanpa memakai kanta mata berkata, dia mempunyai 19 cucu dan dua daripadanya bakal berkahwin tahun depan.

Ditanya sama ada dia bercadang menambah zuriatnya dalam masa terdekat, katanya, tiada cadangan ke arah itu setakat ini dan kehadiran sepasang cahaya mata sebagai pengikat kasih dalam rumah tangga mereka sudah memadai kerana mempunyai tujuh anak sebelum ini.

“Kami kini lebih menumpukan pada persekolahan anak dan perniagaan, namun kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan,” katanya.{sinar}

Read more >>

Read more...

Siapa kata air dicincang takkan putus

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.

Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata motif kejadian sedang disiasat.{Sinar}
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Pengawal dirompak, dilumur semut

>> Monday, 21 November 2011


SUNGAI BULOH – Dua pengawal keselamatan SJK (T) Kuang  melalui pengalaman yang menyiksakan selama dua jam apabila mereka bukan sahaja diikat malah badannya turut dilumur dengan semut hitam.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, kedua pengawal berusia 50 tahun itu  sedang meronda kawasan sekolah sebelum dia didatangi oleh sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurut pengawal yang hanya mahu dikenali sebagai Devadasan berkata salah seorang daripada penyamun meletakkan parang pada lehernya dan mengugutnya tidak berbuat apa-apa dan  menuruti arahan.

“Kami diikat   menggunakan tali lampu suluh dan kain sebelum salah seorangnya mengarahkan kami membuka baju dan kemudiannya menuangkan ribuan semut hitam yang disimpan dalam bekas filem,” katanya.

Menurutnya dia hanya mampu menahan kesakitan digigit semut sesebelum berjaya melepaskan diri dua jam kemudian  selepas ikatan pada tangannya berjaya dibuka dan bertindak  menghubungi salah seorang guru sekolah berkenaan untuk meminta bantuan.

“Penyamun  itu  telah memecah masuk bilik ICT, bilik guru besar dan bilik Guru Penolong Kanan dan melarikan pelbagai peralatan termasuk lima buah komputer riba, empat projektor dan peralatan lain yang sebahagiannya dikunci di dalam sebuah peti besi,” katanya.

Menurutnya suspek dipercayai menggunakan peralatan khas untuk membuka peti besi yang turut mempunyai wang tunai RM 400 dan kerugian sehingga kini mencecah RM 50,000.

Difahamkan ini merupakan kejadian kedua sekolah berkenaan dipecah masuk tahun ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama.

Tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Kuang berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu kini sedang disiasat.{sinar}

 

Ulasan admin:-
selagi hukum Allah tak tertegak di mukabumi Allah selagi itulah jenayah semakin berleluasa.adakah kamu islam mengaku muslim berucap dua kalimah syahadah tidak yakin akan hukumnya?...JANGAN KATA TOLAK HUDUD MALAH KAMU MENOLAK SATU HURUF DALAM AL-QURAN TERANG2 KAFIR NAUDZUBILLAH

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Read more >>

Read more...

{Video Inside} Gambar Ceramah Anwar di Kg Melayu Subang Tambahan

 Umno pagi tadi demo bantah ceramah Anwaribrahim disini- tQ atas publisiti percuma- kehadiran org ramai menakjubkan

Sambutan orang ramai menggalakan malah yang membantah hanya 10 orang

Kehadiran penyokong tanpa dibayar sehingga kerusi tak cukup
Layan di Batu Pahat 15/11/2011
Read more >>

Read more...

LAPAN KALI DIMASUKI PENCURI AKHIRNYA DIBAKAR

>> Sunday, 20 November 2011

SEMENYIH – Sebuah keluarga di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini hidup dalam keadaan tidak tenteram apabila rumah teres satu tingkat milik mereka dipecah masuk pencuri bukan sekali dua tetapi sebanyak lapan kali sejak mereka menghuni kediaman itu pada tahun 1999.

Perbuatan jahat itu mencapai kemuncaknya awal pagi semalam apabila rumah tersebut bukan sahaja diceroboh untuk kali kelapan malah turut dibakar awal pagi ketika keluarga malang itu bermalam di tempat lain.

Pemilik rumah tersebut, Esah Ahmad, 57, mendakwa, dia mengetahui kejadian malang itu pada pukul 2.28 pagi semalam apabila telefon bimbitnya berbunyi selepas menerima isyarat kecemasan daripada alat penggera yang dipasang sejak dua tahun lalu.

Menurut Esah, ketika kejadian, dia bersama suami, Md. Nasir Ahmad, 60, serta anak-anaknya berada di rumah adiknya di Ampang.

“Sebaik saya menerima panggilan telefon daripada rumah (yang disambung pada alat penggera), saya mula rasa tak sedap hati.

“Saya cuba menghubungi semula nombor telefon rumah malangnya talian itu gagal dihubungi semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Pengurus operasi syarikat swasta itu memberitahu, dia mengambil keputusan pulang ke rumahnya untuk mengetahui keadaan sebenar tetapi terkejut apabila terhidu bau asap dari luar rumah.

“Bila saya buka pintu rumah, asap tebal keluar.

“Kami cuba padam api, malangnya asap semakin tebal menyebabkan usaha kami terbantut,” katanya yang menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.

Katanya, alat penyahkod bagi sistem penggera rumahnya yang diletakkan dalam bilik tidur utama dan ruang tamu turut lesap.

Sistem penggera itu canggih kerana mampu mengesan dan memberi amaran jika ada objek seberat 40 kilogram dan ke atas berada di atas bumbung rumah.

Mangsa sekeluarga mendiami rumah teres tersebut sejak 12 tahun lalu dan kali terakhir rumah itu dipecah masuk penceroboh adalah pada tahun 2009.

Beliau percaya suspek mengumpil pintu dan tingkap sebelum melarikan barang berharga seperti perkakas elektrik termasuk televisyen.

“Selepas kejadian samun dulu, saya sudah serik untuk membeli peralatan elektrik yang mahal kerana tahu ia akan dicuri.

“Bukan sahaja barang dalam rumah, malah ukiran besi pada pagar rumah turut lesap,” katanya yang bekerja di ibu negara, kira-kira 36 kilometer dari situ.

Ekoran kejadian semalam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih.

Esah mengaku, demi mengelak rumahnya daripada terus menjadi sasaran pencuri, dia dan suami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM90 setiap bulan untuk mengupah orang memotong rumput di rumah jirannya yang kosong.

“Saya juga ada memesan pagar untuk dipasang di rumah jiran itu dengan harapan penjenayah menyangka rumah itu berpenghuni,” katanya.

Untuk sementara waktu, Esah akan membawa keluarganya menumpang di rumah anak sulungnya di ibu negara.

Biarpun nasib malang mereka kerap bertimpa, dia tidak bercadang untuk menjual rumah tersebut.

“Anak-anak saya sukakan rumah ini dan menghabiskan cuti hujung minggu mereka di sini,” katanya.

Kes seumpama itu bukan yang pertama di kawasan berkenaan, malah pada 23 Oktober lalu, rumah banglo milik seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah Esah telah dipecah masuk dan dibakar mengakibatkan kerugian sebanyak RM500,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan sedang menyiasat punca kejadian.{KOSMO}
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER