Powered by Blogger.

Debat NFC -Cadangan dibuat di PWTC tempat umno berkumpul

>> Friday, 9 December 2011



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.

“Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,” kata Rafizi.

Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011.

“Sebagai pemimpin Umno paling lantang mempertahan skandal NFC, wajarlah Khairy meluang masa menerang kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan NFC yang menimbul kemarahan rakyat, termasuklah penjelasannya bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak NFC.

“Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,” katanya lagi.

NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.

Selain kegagalan syarikat itu seperti yang didedah pertama kali dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu, syarikat itu turut didedah menyelewengkan wang itu untuk kepentingan Shahrizat dan keluarganya.

Penyelewengan itu termasuklah membeli dua kondominium mewah seperti diakui suami Shahrizat sendiri berharga RM13.8 juta.

Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.
[keadilan]
Read more >>

Read more...

[Video Inside] MCA parti seks cabar Guang Eng berdebat pasal HUDUD

>> Tuesday, 6 December 2011

Masa yang dinanti2 oleh umat islam.apa yang di keluarkan oleh kediua-dua cina ini yer bila berhujah tentang hudud? parti sama2 menolak hudud tapi berlainan ideologi.satu tolak hudud bersama dgn kezaliman dan satu parti laghi tolak hudud tapi bersama mendirikkan negaro kebajikkan.

Adakah sama2 mengeluarkan hadis sahih muslim atau bukhari dan ayat2 Allah? den setuju bonar dongan pendapat kafir harbi MCA sekutu rapat UMNO ni. moga-moga bila kedua2 ini berdebat mudah-mudahan terbuka otak karat United malay National Organization.

SHAH ALAM - MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen.

Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak.

"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”

“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun,  Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA.

Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud.

Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak.

Selain itu, Seng Kok berkata, MCA telah memberikan masa kepada Guan Eng untuk membalas cabaran itu tetapi masih tiada maklum balas.

Menurut beliau lagi, Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) telah menjemput Adun Air Puteh itu untuk menghadiri forum  "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia" di Wisma MCA baru-baru ini, tetapi sekali lagi, Guan Eng tidak muncul dan memberi alasan bahawa beliau tidak diberi masa yang cukup untuk bersiap sedia.

Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin.

"MCA masih akan terus menjemput beliau dan berharap rakyat dapat tahu serta lebih memahami mengenai isu masyarakat daripada debat yang akan dilakukan.

“DAP dilihat seolah-olah cuba melambatkan dan mengelak dari memberitahu orang ramai mengenai pendirian mereka mengenai hudud," katanya.

Dalam pada itu, Seng Kok berkata, sebelum ini DAP ada mengatakan bahawa mereka membantah undang-undang hudud dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka menjelaskan pendirian mereka.[sinar]




 


Admin:mudah-mudahan kamu masuk islam.umno wajib bertaubat
Read more >>

Read more...

[Video Inside] Bai'ah Pas haramkan pendapatan, elaun dan pencen

Alhamdulillah,kini satu persatu umno mengikut langkah kerja PAS. walaupun parti pas musuh mereka tetapi langkah baik pas di tiru bulat-bulat, seingat den lamo bonar dah umno buat kerja tiru meniru ni. seingat den mula2 dia meniru pembinaan setiap rumah wajib mempunyai tiga bilik. bukan kah langkah ini di ceduk dari kerajaan pas KElantan? pembentangan bajet 2012 boleh dikatakan separuh diceduk dari buku jingga Pakatan Rakyat.


 Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 SHAH ALAM - Jika Umno melakukan Sumpah Taat Setia bagi 'mengikat' ahlinya daripada mengkhianati calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, Pas pula melakukan Sumpah Bai'ah bagi memastikan calon yang menang tidak lompat parti.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ada tiga perkara dalam Sumpah Bai'ah yang perlu dipatuhi oleh calon Pas yang dipilih.
"Pertama, calon  berjanji jika menang (dalam pilihan raya), dia tidak akan melompat atau keluar parti. Kedua, sekiranya keluar parti atau lompat parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya daripada parti yang dia bertanding.
"Dan yang ketiga, sekiranya dia (calon) keluar parti atau lompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaunnya dan pencen yang diterimanya kerana dia tidak  amanah  kepada rakyat yang diwakilinya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, tiga perkara tersebut ditetapkan bagi mengelak calon Pas yang menang tumbang di tangan Umno.
"Sebelum ini, ada usaha untuk membeli wakil rakyat kita (Pas) dengan menawarkan wang agar lompat parti. Jadi dengan cara ini, kita ikat calon dan mereka bersumpah atas nama Allah," katanya.
Jelasnya,  sebelum lafaz sumpah dilakukan, taklimat terperinci akan diberikan supaya calon jelas dengan perkara yang ditetapkan.
"Sumpah Bai'ah dibuat setelah seseorang telah pasti dipilih sebagai calon. Yang melanggar sumpah ini berdosa dan wajib bayar kifarah sumpah," ujarnya.
Semalam, Tuan Ibrahim memberitahu sumpah antara Umno dan Pas begitu berbeza.
"Dalam Pas, kita lakukan Sumpah Bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding.
"Sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti," katanya.
Pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu, sumpah taat setia yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno
Antara kandungan lafaz ikrar taat setia ahli Umno ialah:
"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. 
Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.  
Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."[sinar]

Ikrar Umnuuuuuu
 

Admin:Bubar jer umno masuk pas sonang, kepalo tak sakit nak mikir projek mega
Read more >>

Read more...

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu yang banggang pasal Hudud

>> Monday, 5 December 2011

 Mohd Kamal Sadin

Satu penghinaan buat rakyat Terengganu bagi aku kerana mengambil orang kedah nun jauh berbatu-batu menjadi penasihat agama kepada Menteri besar terengganu.dah macam tak do sangat-sangat rakyat terengganu yang layak memegang jawatan tersebut.

Apa menarik dan istimewa sangat si Mohd Kamal Sadin ni? sebenarnya den tak nak cakap pasal mamat ni tapi kebetulan mamat ni mencetus isu yang membodohkan dirinya sendiri.

Kata Mohd Kamal Sadin hari ini di ibu pejabat MCA, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan."Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”

Ekau baco lah ayat berwarna merah tu berulang kali agar kamu tak banggang macam penasihat umno dari kodah tu. Kalau ekau poie tanyo budak tabika kemas pun dia mampu jawab soalan ini,"apakah hukum liwat isteri?" dan den ghaso ekau kono ludah kahak hijau may be.

Meh den nak skolah kan peasihat agamo ni.dah kalau budak kemas boleh jawab soalan ini apalah sangat budak PASTI bukan? 

Ok dalam enakmen hudud terengganu meliwat isteri adalah menjadi kesalahan malah tidak dikenakan hukuman HUDUD. adakah penasihat kang kong ini lupa akan hukuman takzir? tetapi si suami takkan terlepas dari hukuman takzir. adakah kamu bodoh atau buat2 bodoh si kamal? kalau masih bodoh lihat sini


Apalah malang sangat MB kijal ini mendapat penasihat yang den ghaso lobih bodoh dari lombu NFC.

admin:Masuk umno automatik bodoh kenapa ek? kalau nak jilat sekali pun jangan sampai membodohkan diri sendiri, hudud hak milik total Allah. kalau hudud pas haram buat kalau hudud umno haram buat apa lagi soi lek hina hudud

Read more >>

Read more...

[Video Inside] Kebiadaban, Chua soi lek menghina hudud lagi

Mana pergi perkasa,pekida??

 Bekas menteri tak bermaruah pernah kantoi video seks
Kebiadaban rakan tidor sebantal umno semakin biadap dan kurang ajar dengan kenyataan nya semakin hari semakin celaka, sampai bila kita umat islam khusunya di malaysia ini membiarkan si kafir harbi ini menghina hukum Allah.

Selama umno menjajah malaysia selama 54 tahun nampaknya gagal mentarbiyah rakannya dari non muslim. Hari ini beliau menghina hudud lagi dengan berkata:-

"Pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia"

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.[Tmi]

Disebabkan makhluk inilah, malaon soi seks terus menghina hudud
 
Admin: Umno mengaku islam sehingga hari ini membisu dan tak tahu bagaimana nak menutup mulut cina ini. keberaniannya hari ini menghina hudud kerana bersama dalam kompenen Barisan Nasional. mana pergi 40 ulama' muda umno yang berselindung dengan nama salafi. selagi umno berkuasa selagi itu islam dihina.UBAH SEBELUM PARAH.


Laporan demi laporan telah dibuat





admin: Selagi mana kamu dibawah BN selagi itu kamu selamat soi lek.polis sila membakul sampahkan laporan terhadap soi sek
Read more >>

Read more...

Bila berhijrah kearah kebaikkan kenapa dilabel masuk PAS

>> Sunday, 4 December 2011

Inilah mentaliti otak penjajah,sekular

KOTA BHARU - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.
Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.
“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.
“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.
Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.
Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini.
Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.
Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.
“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya.
“Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.
Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.
Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.
Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.
Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.
Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.[sinar]

 Admin: Ramai artis dah berubah angin ke arah kebaikan malah ada pun menjadi pendakwah,so kalau kita jahil sepatutnya support atau berdiam diri walaupun ekau tak setuju,sebab kalau ekau bersuara makin terselah kebadohan dan kejahilan kamu.
Read more >>

Read more...

[Vidoe Inside]Terbongkarnya isu banjir di Kajang yang dipolitikkan blogger UMNO

Kenyataan blogger umno yang BERIMAN

Yang dipolitikan oleh blogger umno memakan diri

Segala-galanya nak dipolitikkan, bahkan isu banjir jumaat lepas di kajang pun nak dipolitikkan oleh umno kononya akibat banjir itu berpunca daripada kerajaan PR Selangor. kepada blogger2 umno yang suka membuat tuduhan liar apo salahnya off topic tuduhan ekau tu reramai segerombolan poei nolong mangsa banjir, daripado ekau menulis yang mengarut tak berfakta,silap2 jadi fitnah.

kerja hentam menghentam di kalangan United Musyyrikin national Organisation memang dah terkonal. so bagi mereka yang duk dalam dunia politik memang tak menjadi kehairanan. lebih dari itu gerombolan boleh buat tanpa takut pado dosa.



Kerja2 pembersihan dilakukan

KAJANG 3 DIS : Kejadian banjir kilat terburuk di sini semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah Hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun lalu sebelum Kerajaan Negeri Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
  
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata selain itu hujan lebat hampir tiga jam yang berlaku di kawasan bandar itu selain kegiatan penerokaan hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk antara punca banjir besar tersebut

Sebelum kita (PR) masuk menjadi kerajaan, keseluruhan hutan sebanyak 200 hektar sudah ditebang tebas, seluruh bukit memang sudah botak, tidak ada pokok yang dapat menyerap air. Mereka (peneroka) telah tebang tebas dan air hujan yang melimpah sebanyak ini memang tak dapat ditampung oleh hutan. Semuanya merupakan air larian atas permukaan dan masuk ke Sungai Jeluk.

"Ini semua telah dibawa dalam mesyuarat PAC iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam dan Kerajaan Negeri sudah meneliti.

Oleh kerana pajakan sudah diberi kepada penanam peladang getah, jadi kita masih dalam proses kaji bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengambilalih dan kita boleh tanam (semula) dengan pokok semulajadi di hutan supaya hutan simpan ini dapat kembali tumbuh dan menyimpan air hujan yang merupakan satu sumber air juga," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di sekitar bandar itu di sini hari ini.[tvs]

Kerugian anggaran kasar keseluruhannya RM 3j

Jawapan buat blogger umno



admin: Berbohong memfitnah dan menjadi darah dading
Read more >>

Read more...

Ahli Politik BN atau PR yang Simpan Perempuan Di Batam?

BERITA AWAL PAGI YANG PANAS
Adakah ahli politik dari Pakatan rakyat umno pas BN atau PKR? adakah ianya dari ahli MCA,MIC ata DAP? mempunyai perempuan simpanan menjadi perkara biasa bagi ahli politik atau orang kenamaan di malaysia,mana taknya duit banyak ,elaun dah berapa ribu, NAFSU DAH BOSAR belum masuk basic lagi bila jadi menteri atau ahli parlimen atau dun.

sekiranya isu ini di buat undian di laman sosial facebook 'AHLI POLITIK BN ATAU PR YANG MEMPUNYAI PEREMPUAN SIMPANAN DI BATAM a) BN b) PR"? den ghaso rata2 akan mengundi (a).apo2 pun sebelum ekau membuat sebarang tuduhan melulu dan menjadi fitnah, ekau baco dulu story bawah ni skit.
















Apartment bakal mengeggarkan lagi politik malaysia

Beberapa minggu lalu ada seorang pemandu pelancong yang selalu berulang alik dari Johor Bharu ke Batam memberi tahu saya ada seorang ahli politik menyimpan perempuan di pulau Batam.

Menurut ceritanya tokoh politik itu menempatkan perempuan itu di sebuah apartment terletak dipinggir kota Batam. Perempuan itu berasal dari kampung Bandung dan pernah bekerja sebagai supervisior di sebuah kilang eletronik di Batam.

Perempuan ini dari suku Sundal. Orang Sundal terkenal dengan kelembutan dan pandai menggoda lelaki. Katanya, tokoh politik itu mulai mengenali perempuan itu pada pertengahan tahun lalu sewaktu beliau bersama rombongan ke pulau Batam.

Pemandu pelancung itu memberi tahu saya nama apatment berkenaan. Berkebetulan saya ke Batam Khamis lalu dan sempat ke lokasi yang dikatakan itu. Pemergian itu bukan sangat atas tugas untuk menyiasat, tetapi kerana ada tugasan lain berkebtulan pula saya ternampak apartment yang dimaksudkan itu.

Nah jadi cerita apartment yang dimaksudkan itu memang wujud. Saya mengambil gambarnya. Tetapi malang saya tidak Unit berapa perempuan yang disimpanan tokoh politik itu. Apabila saya bertanya kepada salah seorang yang juga tinggal di apartment bernama Matro Setopo, 36 asal Jawa yang bekerja sebagai penyelia di kilang eletrik yang sama tempat tempat supervisior itu dia mengesahkan ada orang Malaysia yang pernah mendatang apartment itu beberapa kali.

Tetapi katanya dia tidak tahu siapa, tetapi dia kenal kalau melihat mukanya. Dan dia juga pernah diberi tahu tokoh politik itu adalah ahli DPR (Dewan Perwakilan Rakyat)

Saya bertanya kepada Matro, apakah orang itu bercakap dilek Kelantan, atau Terengganu atau dilek Utara. Dia tidak dapat menjawab kerana tidak tahu pelet-pelet itu. Bagaimana pun dia percaya ahli politik itu dari negeri di Selatan tanah air Malaysia. Siapa? Saya akan menyiasat untuk menggesahkan siapakan gerangannya.
Marto berjanji untuk dapatkan gamar perempuan yang menjadi gundik itu.[mso]

Admin: dah kaya semakin kaya ,kaya pulak dengan dosa.rakyat menjadi tuan 5 tahun sekali ada akal fikir berbeza dengan lembu cuma ada otak.
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Ustaz azhar takkan diberi tauliah oleh MAIK.

>> Saturday, 3 December 2011

Ustaz azhar Idrus

Apo nak heran tauliah tak diberi. tauliah laku ket masjid2 negeri.bukan kah stadium ado,padang futsal ado. mano2 boleh ceramah. kata ustaz kita bukan nak datang ,dah rakyat kelantan dah jemput kita kena buat juga.




Admin:-
Masjid2 negeri dibawah kuasa sultan dan di kontrol oleh UMNO.Cadangan buat ustaz azhar. kalau dalam masjid tak boleh, buat jer tepi pintu masjid.
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Jangan percaya sumber Internet kata PM sebenar

Jangan lembu meragut ketawa membaca utusan

Memandangkan zaman internet mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya golongan2 muda membuatkan umno dan seangkatan gerombolan begitu gusar dan cemas seolah-olah ianya bakal ditalkin kan pada PRU13 nanti. sehingga Perdana menteri malaysia Rosmah Mansor sanggup menggeluarkan kenyataan "jangan mudah percaya daripada sumber2 berita dari internet". kalau kenyaatan ini dikeluarkan oleh zaman mahathir aku percaya rakyat jelata percaya,dan umno terus menakluk bumi malaysia. mungkin kak ros kita lupa sekarang ni adalah zaman maklumat dihujung jari dengan memegang seekor tikus.




Hello kak Ros ini zaman kematangan rakyat, rakyat tak sebodoh yang disangka oleh sangpengzalim2. rakyat boleh menilai sesuatu berita.anak muda skang mana dah nak percaya dengan sumber2 media umno tv3. anak muda skang lebih suka melayari internet mencari bahan2 yang soheh daripada mengadap berita2 yang dikeluarkan oleh umno.pada pemikiran anak muda skang macam den ni apa sajo keluar dari tv dan akhbar kerajaan ia adalah tak lebih sekadar mengampu.


lain kali buat kerja macam orang Islam



Admin:-
dalam Internet semua ada,Gambar kak ros berTudung pun ado,lembu tidor dalam kondo pun ado,tak cayo tanyo lebai google
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER