Powered by Blogger.

Kerana utusan Meloya, saksi malu mengaku fitnah Mat Sabu

>> Tuesday, 12 June 2012


Berapa kali nak tolong ingatkan, berapa kali aku nak maki hamun kepada yang bodoh2 dalam umno neh. kalau cakap dikatanya fitnah, mengada-adakan cerita , nah bukti dah jelas saksi pun dah ngaku so tak celaker lagi kah utusan propanganda orang melayu neh?
Utusan hanya untuk manusia-manusia bodoh jer membaca.

BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.
Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh.sh
p/s: Akibat kebodohan diri, malu boleh
Read more >>

Read more...

DAP bakal perdana Menteri, Pakatan Rakyat cari penyakit

>> Monday, 11 June 2012


HIDUP UMNO kali neh UNDILAH UMNO


Kahkahkah memang sah cari penyakit Pakatan Rakyat, memang sah undi melayu akan cabut lari daripada undi Pakatan rakyat, undi melayu banyak beralih arah kepada UMNUUUUUUU Barisan nasional.

Abang k sdiri takkan undi PR kali neh disebabkan DAP konsisten nak jadi perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya, tak caya baca bawah neh.

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.-sh


p/s: Assan aqidah calon umno cadangan abang k, guaner?
Read more >>

Read more...

RM1.8 juta dibazirkan oleh kerajaan untuk BERSIH3.0-KDN


Mengaku pun pembaziran telah berlaku pada bersih 3.0, mana pemuda umno yang duk putar belit fakta sangat selama neh. skang nak percaya atau tidak bos anda sudah megeluarkan kenyataan.kehkhekeh.


KUALA LUMPUR 11 Jun: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.
Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir ‘shell tear smoke’ dan 58 butir ‘grenade tear smoke’.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.
Menurut Harakah Daily, Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri itu menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.
Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.
“Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan,” katanya dipetik-Kd
Read more >>

Read more...

Dua MP BN dari Sabah dijangka sertai KEADILAN

>> Sunday, 10 June 2012



SABAH 9 Jun: Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN.
Antara tokoh tersebut  ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.
Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.
“Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah,” katanya kepada Keadilan Daily.
Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.
Beliau kini dalam Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana di Star City Convention Centre, Asia City di Kota Kinabalu.
Jam 10 malam ini, Anwar dijadual bertemu Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah dilokasi sama.
Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.
Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Keadilandaily


Read more >>

Read more...

Sokongan rakyat hilang, kemungkinan bantuan BR1M kali kedua

>> Friday, 8 June 2012



Tak payah pikir bagi jer, menteri beribu riban bantai, duit 500 hanya untuk empat tahun itupun nak berkira. jangan pikir takut rakyat tak pilih kamu, tapi pikir kenapa kamu begitu zalim kepada rakyat.
Saper2 nak duit, sila lawan umno barisan nasional, sila pilih pakatan rakyat, sifir begitu mudah undi bn BARANG NAIK pangkah PR ROSMAH BARU TERINGAT NAK DIET.

KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.

Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.-sh


Read more >>

Read more...

Demo kedutaan syiria sebentar tadi di Kuala Lumpur


Ya Allah kau hancurlah kerajaan basyar laknatullah


KUALA LUMPUR: Hampir 100 orang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Syiria hari ini bagi membantah tindakan kejam regim Bashar Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan U-Tant.

Mereka melaungkan slogan 'Hancur Bashar', 'Selamatkan Syiria', 'tutup Kedutaan Syiria'.

Mereka turut membawa poster dan kain rentang bertulis 'Stop children killer now' dan 'Assad=hitler' serta mengibarkan bendera Syiria.


Minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan pada himpunan itu hari ini mendesak agar Kerajaan Malaysia menutup dengan segera Kedutaan Syiria dan menghalau mereka dari bumi Malaysia.

"Kita berkumpul ini adalah tanda sokongan kita sebagai umat Islam yang menentang kekejaman Bashar, yang mana telah memalukan umat Islam di seluruh dunia.

"Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dalam hal ini, sepatutnya kerajaan jangan lepas tangan dan mesti menutup kedutaan dengan segera," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan penutupan kedutaan ini adalah sebagai tanda bahawa kita menentang kekejaman yang dilakukan oleh Bashar.

Menurutnya lagi, demo bantahan ini akan terus dilakukan jika suara rakyat Malaysia dan umat Islam tidak didengari oleh kerajaan.


"Ini merupakan perhimpunan kali kelima dilakukan terhadap bantahan kekejaman tersebut dan jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan kita akan meneruskan perhimpunan ini pada masa akan datang.

Pada perhimpunan kali ini tiada memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan, kerana sehingga sekarang tidak ada jawapan langsung diperoleh terhadap memorandum yang diserahkan sebelum ini.

Himpunan aman yang turut disertai rakyat Syiria itu berakhir kira-kira jam 3 petang.

Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dan juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.-hd

p/s: Ingatlah najib, kerajaan zalim tidak kekal lama. hanya kerajaan Allah yang kekal selamanya

Read more >>

Read more...

Adik perempuan tiri Obama kunjungi Muhyiddin




PUTRAJAYA - Dr Maya Soetoro-Ng, seorang pakar pendidikan dan adik perempuan tiri Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat  beliau di Kementerian Pelajaran di sini. 


Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin turut hadir pada pertemuan itu. 



Soetoro-Ng kini dalam rangka lawatan enam hari ke Malaysia mulai Rabu sebagai sebahagian daripada delegasi East-West Centre dari Amerika Syarikat. 



Anggota lain dalam delegasi empat anggota itu ialah Presiden pusat itu Dr Charles Morrison, anggota lembaganya Puongpun Sananikone dan pengarah program pendidikannya Dr Terrence Bigalke. 



Soetoro-Ng, antara lain dijadual mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dan bertemu  pelajar dan ahli akademik dari kolej-kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATApintar. 



Beliau juga dijadual melancarkan pameran koleksi 20 helai batik Indonesia milik mendiang ibunya di Muzium Kesenian Islam mulai hari ini, julung kalinya koleksi itu dipamerkan di luar Amerika Syarikat. -- Bernama


p/skempen guling najib naikkan muhyiddin...kahkahkah
Read more >>

Read more...

Najib nak saman akhbar Kemboja




SHAH ALAM, 7 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja yang mengatakan beliau telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris.
Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Najib di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar phnompenhpost

“Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara ketika skandal rasuah berskala tinggi melibatkan kelengkapan pertahanan negara semakin memuncak, malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu.” kata beliau dalam satu kenyataan media.
Katanya, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana artikel kenyataan yang dilempar oleh wartawan The Phnom Penh Post adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia.
“Keadaan ini mengundang persepsi bahawa Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan. Ini kerana sikap berdolak-dalik Najib dalam membicarakan statusnya terhadap Altantuya kini menjadi persoalan yang besar.
“Jika Najib sudah tidak mampu lagi meneraju negara ini dengan kredibiliti yang bersih, maka SAMM sangat berbesar hati jika Najib mengambil langkah mengundurkan diri daripada terus memalukan negara.
“Mungkin Muhiyuddin boleh memangku sementara waktu sebelum PRU13 menjelang. Ini bukan lagi persoalan politik domestik tetapi persoalan maruah negara di peringkat antarabangsa.
“Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya.” kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau. selangorku


p/s: nama anda dah tercalar habis, talkinkan BN pru 13

Read more >>

Read more...

PTPTN juga membekukan pelajar KUIS


Kegilaan umno semakin ketara, bersifat dendam politik terhadap pelajar2 yang rata2nya anak melayu, sebelum neh pelajar2 unisel telah dibekukan oleh PTPTN atas alasan menteri kurang cerdik kata ianya memberi peluang kepada kerajaan PR selangor menunaikan janji manifestonya menghapuskan PTPTPN sekiranya PR memerintah NEGaRA.

KaLau cakap bengong umno banga kalu cakap umno neh lembu sememangnya lombu, PR janji bila dapat tawan pentadbiran putrajaya bukan negeri ngokssssssss. 


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.
"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.
"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.
Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.
Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti.
"Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik.
"Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri.
Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka.
"Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini  seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.-sh

p/s: Letih layan kebodohan umno neh
Read more >>

Read more...

Parti pembangkang dibenarkan bentang manifesto dalam RTM

>> Thursday, 7 June 2012






Itu antara kata-kata manis janjimu Rais yatim menteri yang menjaga kementerian tersebut, Adakah ini yang dimaksudkan oleh bersih antara lapan tuntutan iaitu akses pada media? so tujuh tuntutan lagi bagaimana? ingatkan pembangkang boleh kempen sama menggunakan media, rupa2 nya stakat bentang manifesto jer beb.

Rakyat takkan lupa lapan tuntutan BERSIH 3.0 dari SPR. Jangan cuba nak perdayakan orang kampung orang feda kononya benarkan pembankang kuar tv dah kira adil.

Bhai, jangan lupa BN berkempen siang malam membunuh PR tapi PR hanya dibenarkan membentang manifesto jer tak lebih dari tu, adil kah?


Aku nak cabar mr Rais bagi ruang sama kat PR sebagaimana diberi ruang kepada BN berkempen, kahkahkah Jawabnya tunggu beruk bertelor ler.sh
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER