Powered by Blogger.

Adik perempuan tiri Obama kunjungi Muhyiddin

>> Friday 8 June 2012




PUTRAJAYA - Dr Maya Soetoro-Ng, seorang pakar pendidikan dan adik perempuan tiri Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat  beliau di Kementerian Pelajaran di sini. 


Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin turut hadir pada pertemuan itu. 



Soetoro-Ng kini dalam rangka lawatan enam hari ke Malaysia mulai Rabu sebagai sebahagian daripada delegasi East-West Centre dari Amerika Syarikat. 



Anggota lain dalam delegasi empat anggota itu ialah Presiden pusat itu Dr Charles Morrison, anggota lembaganya Puongpun Sananikone dan pengarah program pendidikannya Dr Terrence Bigalke. 



Soetoro-Ng, antara lain dijadual mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dan bertemu  pelajar dan ahli akademik dari kolej-kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATApintar. 



Beliau juga dijadual melancarkan pameran koleksi 20 helai batik Indonesia milik mendiang ibunya di Muzium Kesenian Islam mulai hari ini, julung kalinya koleksi itu dipamerkan di luar Amerika Syarikat. -- Bernama


p/skempen guling najib naikkan muhyiddin...kahkahkah

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER