Powered by Blogger.
Showing posts with label MEDIA. Show all posts
Showing posts with label MEDIA. Show all posts

Muhyiddin back up najib aishhh... sindir nampak.

>> Friday, 18 May 2012

Mari kiter tengok jawapan bodek muhyiddin bila ditanya pasal debat antara Najib dengan Anwar Ibahim. Jawapan cukup mebanggakan jawapan terlalu bodek atau jawapan terlalu menyindir. bagi aku jawapan timbalan pm ni terlalu menyindir, kerana bukan kah muhyiddin tahu najib sedang diburu oleh international police? bukankah ini satu kebangaan beliau untuk menyandang kerusi nombor satu negara? tengok sini . bukankah setiap malam si muhyiddin tersenyum lebar dgn isu scorpene menlibatkan ketuanya?




Kalau takut berdebat jawab lah takut, islam itu agama hujah beb, tak payah nak konar-konar zaman IT ni, sahut jer cabaran siarkan secara live mana2 siaran UMNO. masa itu kamu ambil kesempatan memalukan Anwar Ibrahim sebagaimana Saberik Chik itu hari. rakyat nak tengok pemimpin mana betul mana yang kantoi?

Dalam media milik perdana BN sesedap kamu hentam dengan tohmahan yang begitu celaka dan langsung tak bagi peluang untuk menjawab, dan bila nak jawab tuduhan di pentas2 ceramah dikacau, dihalau, diprovok? malaysia ini negara demokrasi atau haram jaddah?<---versi najib

Dan bila ajak berdebat aishhh telur dah kedalam ker? jangan jadi badut wahai umno. rembat sini

p/s: Nasib baik rosmah tak bersuara, kalau tak, confirm Anwar demam.



Read more >>

Read more...

Menteri rogol mula mengamuk...!!!

>> Friday, 7 January 2011






p/s
Kahkahkah...ini mesti askar upahan Racist Yatim punya kerja.itulah wa pernah kata ,gerombolan ni bukan boleh main2 bro...isu rogol jangan hebah2 pak.Itu pak Menteri banyak wang orang kenalan ramai kat Indonesia.saya takut jadi macam Al-tantuya....petikkan kata2 mangsa rogol pak menteri kebudayaan...kehkehkeh

Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.


NONEAhirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu..malaysiakini
Read more >>

Read more...

Apa sudah jadi Malasysiakini

>> Wednesday, 5 January 2011

Kena hack ke?tak masuk akal.dot com tu bro bukan macam wa blogspot dot com...kenapa tak boleh buka langsung ni bro.sapa2 tahu.kasi tahu sama wa.

dan Pengumuman...~~~~!!!!
Kepada pengunjung blog wa,dan blogger2 yang meng link kan blog wa yang dahulunya ketuapolis.blogspot.com,kini telah bertukar kepada URL http://malaysiandotcom.blogspot.com/ mohon kerjesama lu all blogger kasi ejas sikit  ok.tq
Read more >>

Read more...

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

>> Friday, 21 May 2010


BERIKAN HAK MAHASISWA 21 TAHUN UNTUK BERPOLITIK
(21 Mei 2010 / 07 Jamadilakhir 1431)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon yang menyatakan bahawa mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.

Datuk Dr. Toh Kin Woon memberikan respons terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Sebenarnya  tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya. 

DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik. Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?

DPPWP berpandangan undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sangat tidak sesuai sekarang  kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka. AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. 

Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik. Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka.

Lagipun, empat mahasiswa tersebut terlibat berkempen di luar dari universiti mereka, justeru apakah perlu universiti mengambil tindakan terhadap hak dan privasi mereka. DPPWP bersetuju sekiranya tindakan diambil apabila mereka mengabaikan pelajaran atau meninggalkan kelas pengajian serta menjatuhkan nama baik universiti.

Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli UMNO dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihanraya kecil? Sejarah menunjukkan bahawa UMNO/BN sentiasa akan menggunakan golongan pelajar di dalam kempen mereka.

DPPWP berharap pihak UKM bersikap lebih profesional dan lebih rasional dalam menangani isu ini. Sememangnya UKM akan lebih gemilang seandainya mereka mampu memberikan ruang demokrasi bernafas di dalam kampus dan memberikan hak kepada mahasiswa yang telah berusia 21 tahun untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik atas nama demokrasi yang sebenar.
Disediakan oleh

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER