Powered by Blogger.

Hudud bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah di dalam masyarakat Islam-Datuk Dr Mashitah Ibrahim

>> Wednesday 13 June 2012




Wawancara bersama utusan propaganda UMNO yang bertarikh 11jun 2012. Nampak sangat kejahilan doktor ini kalau nak berbanding pakcik yang kerja menarek becha, Dr phd ini tak yakin apa datang dari Allah kerana beliau kata menghukum saja tak dapat selesaikan masalah <--- apa maksud macam neh? bukan kah tak yakin apa datang dari Allah?

Baca neh Dr:-
Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 : وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا maksudnya : "dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

Yang aku tak boleh bla dgn minah neh bodek najib cow-cow "kerajaan tak pernah tolak hudud, weh video utube bersepah lagi nak kencing? semoga bodekan ini dr mashitah berjaya menjadi calon pru13 nanti


Antara petikan beliau:-
Menghukum sahaja tidak akan selesaikan semua masalah.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menegaskan hukum hudud semata-mata bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah di dalam masyarakat Islam. Ia turut memerlukan dakwah serta penerangan, dan pengajaran serta pendidikan. "Islam bukan semata-mata syariat dan undang-undang, bukan semata-mata menghukum sahaja. Islam adalah akidah yang menafsir erti kehidupan manusia, Islam adalah ibadah yang mendidik kerohanian manusia, dan Islam adalah juga akhlak yang membersih jiwa manusia, nilai yang mengangkat martabat manusia dan adab kesopanan yang menghiasi kehidupan manusia," ujar beliau. Sehubungan beliau menjelaskan, maka tidak perlu timbul tuduhan menolak hudud kerana kerajaan sedia ada tidak pernah menolak hukum hudud tetapi melaksanakan semua aspek perundangan Islam termasuk isu halal haram, bab perkahwinan dan lain-lain. - UTUSAN 

p/s:- Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56. إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41. إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."    



p/s: apakah status aqidah Dr phd neh? bertaubatlah

1 comments:

Tinta.Muallimah Wednesday, June 13, 2012  

apalah yang dia nak jawab depan Allah nnti ????

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER