Powered by Blogger.

NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat

>> Monday 21 November 2011

Laporan LIDAH RASMI UMNO
Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.

Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat.

“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat).

“Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima,“ katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini.

Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat.

Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

JOM KITA LIHAT BAWAH NI PLAK

  Surat jemputan debat NFC oleh saudara Rafizi kepada Khairy Jamaluddin sehingga hari ini belum terjawab oleh saudara pemuda umno malaysia itu,malah laporan lidah rasmi umno mengatakkan Khairy masih menunggu.post laju bukan setem RM0.15 sen

KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Ahli Parlimen Machang itu.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.

Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.

NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.

Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.

KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.

Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Crporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan.{keadilandaily}

Ulasan admin:-
kalau tak menipu tak memfitnah tak suka seks2 bukan nama umno UTUSAN.cuba terjemah maksud UMNO sebenar kalau korang terer?? kesian PR hari2 dibolakkan oleh media UMNO.dengan ada internet ni jelah jalan alternatif menangkis fitnah dajal.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER