Powered by Blogger.

APA KENA MENGENA DGN MCA PULAK....!!!

>> Thursday 22 April 2010

note:-

kehkehkeh...dengar tu solek...kalah ulu selangor sah angkara MCA...umno tak salah...signal awal untuk parti kangkong itu...parti yang kontoversi hampir setahun lamanya...kahkahkah...jawapan untuk kekalahan gerombolan di ulu selangor...MCA punya kilija lah...kehkehkeh

 kehkehkeh...lu cakap lu teree skodeng...teka lah saper ni...kehkehkeh


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan ujian bukan sahaja kepada Model Ekonomi Baru (MEB) yang beliau perkenalkan, tetapi juga satu ujian buat kepimpinan baru MCA.

Bercakap di Pusat Operasi BN di bangunan MCA Kuala Kubu Baharu malam ini, Najib berkata ia merupakan ujian sama ada mereka memperoleh sokongan masyarakat Cina atau sebaliknya.


"Ini adalah faktor yang besar untuk MCA menjadi sebuah parti yang berwibawa," katanya ketika singgah di pusat berkenaan dalam tinjauannya ke bilik operasi BN dalam kawasan pilihan raya Hulu Selangor.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.


MCA, yang dilanda krisis selama beberapa bulan lepas, menyaksikan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.


Najib berkata beliau mahu jentera BN melakukan yang terbaik dan menyokong calon gagasan itu P. Kamalanathan, yang berdepan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya kecil Ahad ini.


"Saya mahu masyarakat Cina berganding tangan bersama kaum India dan Melayu serta kaum lain untuk memacu Malaysia ke hadapan. Kami memerlukan mereka untuk turut serta... kami memerlukan masyarakat Cina Malaysia supaya menyokong kami," katanya.


Terdapat kira-kira 17,000 pengundi Cina dalam kawasan pilihan raya itu daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi, manakala MCA sendiri mempunyai kira-kira 8,000 anggota.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mencabar PKR supaya menyatakan agenda parti mereka untuk membela masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata ini kerana sehingga ke hari ini, agenda PKR mengenai perkara itu tidak jelas.


Muhyiddin berkata keadaan ini amat berbeza dengan BN yang telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai masyarakat India yang dipengerusi sendiri oleh perdana menteri untuk mengatasi masalah kaum India.


"PKR tiada agenda untuk masyarakat India. Saya hendak cabar PKR apa agenda mereka untuk masyarakat India dan kaum-kaum lain," katanya semasa berucap di satu majlis di Ladang Changkat Asa, Hulu Bernam.


Majlis itu diadakan untuk menyokong calon BN P Kamalanathan yang bertanding menentang Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Muhyiddin berkata antara contoh keprihatinan BN ialah melalui dana RM35 juta bagi menyediakan pembiayaan masyarakat itu untuk berniaga di Tekun Nasional yang sebelum ini dikhaskan untuk bumiputera.

Tekun Nasional telah meluluskan pinjaman RM12 juta kepada 1,513 belia India sejak ia dilancarkan.


Muhyiddin berkata kerajaan BN antara lain amat prihatin dengan masalah pendidikan, kebajikan, peluang pendidikan dan pekerjaan.


"BN mengutamakan perpaduan kaum tidak seperti pembangkang yang hanya tahu timbulkan politik tidak stabil yang tak menguntungkan," katanya.

1 comments:

Anonymous,  Thursday, April 22, 2010  

''Muhyiddin berkata antara contoh keprihatinan BN ialah melalui dana RM35 juta bagi menyediakan pembiayaan masyarakat itu untuk berniaga di Tekun Nasional yang sebelum ini dikhaskan untuk bumiputera.

Tekun Nasional telah meluluskan pinjaman RM12 juta kepada 1,513 belia India sejak ia dilancarkan."

alamak, parti Melayu racistlah rupanya!

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER