Powered by Blogger.

PIMPINAN UG ATAU GENG GANUNG YANG PALING AWAL HADIR

>> Tuesday 23 February 2010

To’ Kong Kampung Cina Terbakar
Oleh:BuletinOnline


 KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.
”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

”bila dimaklumkan (oleh pihak Bomba) mereka datang untuk menyelamatkan tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana pintu (To’kong) berkunci,”kata beliau ketika ditemui media selepas masuk ke dalam To’kong dan mendengar laporan awal dari pihak Bomba.

Menurutnya, beliau diberitahu, penjaga To’kong yang memegang kunci tersebut keluar untuk makan malam,

Sehubungan itu beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana ia masih disiasat.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin, tidak ada unsur khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.

”Jadi, punca sebenar masih belum diketahui, yang saya bimbangnya, takut ada unsur khianat, tapi tidak ada, pasal dia (polis dan bomba) check (periksa) di (bahagian) luar To’ Kong tidak ada (kesan unsur khianat),”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh api pembakaran colok yang merebak dari luar, atau mungkin disebabkan oleh litar pintas.

”Mungkin dari situ (pembakaran colok) ia merebak secara senyap-senyap atau akibat litar pintas,”kata Wahid.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dan menuduh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan kebakaran tersebut.

To’kong Tien Hou Kong adalah dianggap bersejarah kerana ia dilaporkan telah dibina pada tahun 1896.

Ia juga dianggap bersejarah kerana
mencatatkan sketsa yang menyedihkan, dimana beberapa orang Melayu ‘berselepoh’ menadah tangan dihadapannya.


note:-
kehkehkeh...yang pro reform jangan cemburu...mungkin lepas ni lu olang cakap boleh la itu berlaku negeri perpaduang...kehkehkeh...siapa yang sebenarnya mula menimbulkan isu geng perpaduang...yang pada asalnya nak mempertahankan jemaah pas sedia ada terus dilabelkan geng ug...kehkehkeh

5 comments:

Shahr Albatnani Tuesday, February 23, 2010  

Penfitnah tu dari geng - geng yang khayal dgn pangkat Profesional yang ada pada diri dia tapi tiada gerak kerja pun...takut-takut jadi jarum umno je mereka ini.

Shahr Albatnani Tuesday, February 23, 2010  

dah ada org hentam YB wahid dlm tranungkite.net, Allah tolong dgn berita ini....

kk Tuesday, February 23, 2010  

dah terbakar kat trg tak kan geng pas recond nak dtg, kalau dewa khalid samad ada mesti dia sampai awal senanglah dia nak memlekehkan hassan ali

Edyes Tuesday, February 23, 2010  

ko nie dah macam main polis sentry lahhh...

Unknown Wednesday, February 24, 2010  

mana geng reform konon nya yb husam bakal presiden...kehkehkeh

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER