Powered by Blogger.

AWASI RUMAH ANDA DARI GENG GEROMBOLAN

>> Thursday 25 February 2010

Oleh;KetuaPolis
note:-
apa bezanya perompak seperti ini dengan perompak seperti umno hari ini...setiap saat setiap detik menketedarah harta duit rakyat...memang lu umno celako..celako..celako...tak mahu jadi celako lu kena bela islam macam yb kulimaksssssss...kehkehkeh

PETALING JAYA 25 Feb — Seorang penulis bersama anggota keluarga dan dua rakannya melalui saat mencemaskan selama setengah jam apabila tiga perompak bersenjata parang memecah masuk ke rumah mereka di Jalan Pegaga 8/9A, Seksyen 8, Kota Damansara di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan Mohd Ghodzali Abd Rashid, 61, atau nama penanya Malim Ghodzali PK kerugian kira-kira RM40,000 apabila tiga lelaki terbabit melarikan kunci kereta, barangan kemas, wang tunai dan dua komputer riba milik beliau dan keluarganya.

Mohd Ghodzali berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama dua rakannya sedang duduk berbincang di pekarangan rumah teres dua tingkat miliknya sebelum didatangi tiga perompak yang kesemuanya memakai topi keledar bertutup penuh dan mengacukan parang dan pisau rambo.

"Ketika itu kami berada di hadapan rumah dan salah seorang rakan pergi ke kereta mengambil barang. Ketika beliau masuk kembali ke dalam dan belum pun sempat menutup pagar rumah, tiga lelaki menaiki dua motosikal terus berlari ke arah kami.

"Ketika kejadian isteri saya yang merupakan Penulis Kanan Primeworks Studio, Ratnawati Jamil, 47, bersama tiga anak dan pembantu rumah berada di dalam rumah.Perompak kemudiannya mengarahkan kami semua tunduk dan diam,” katanya.

Beliau berkata tiga lelaki itu mengacukan parang ke arah isteri, pembantu rumah dan ketiga-tiga anaknya serta mengugut untuk mencederakan anak bongsunya Emir Yassin, 7, jika mereka menjerit meminta tolong.

"Mereka mulanya bercakap Bahasa Melayu tetapi ketika mereka melarikan diri, saya terdengar mereka menjerit seperti bahasa Indonesia,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Beliau yang tinggal di rumah itu sejak enam tahun lepas, berkata kawasan perumahan berkenaan mempunyai pengawal keselamatan dan mereka membuat rondaan bermula pukul 11 malam hingga 7 pagi.— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER