Powered by Blogger.

BUKTI APA PULAK BANGKAI

>> Monday, 12 April 2010

note:-
kehkehkeh...wa H1N1...anak beranak kuku besi...wa ada keris bila2 masa je wa nak jolok pungkoq hang jib...kehkehkeh


KUALA LUMPUR, 12 April — Pakar patalogi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand diminta membuktikan dakwaan kononnya beliau telah menerima tekanan dan bimbang dengan keselamatan dirinya sehingga menarik diri daripada memberi keterangan pada inkues kematian Teoh Beng Hock.




“Saya menggesa supaya Dr Pornthip memberikan lebih banyak maklumat dalam kedua-dua dakwaan supaya kita boleh jalankan penyiasatan secara menyeluruh kerana tiada apa yang hendak saya sembunyikan,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  di lobi Parlimen di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan itu.


Beliau juga mengarahkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan memberikan laporan lengkap berhubung dakwaan berkenaan.


“Isu ini melibatkan polis dan imigresen, dan saya telah meminta laporan mengenai perkara ini. Dalam masa sehari dua lagi, saya akan maklumkan kepada orang ramai,” katanya.


Mengulas kenyataan Dr Pornthip yang khuatir dengan keselamatannya apabila berada di negara ini, Hishammuddin berkata, kerajaan telah memberi jaminan untuk melindungi keselamatan setiap individu yang memasuki Malaysia tanpa mengira status kerakyatan masing-masing.


“Siapa sahaja yang telah melangkahkan kaki ke negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin dan melindungi keselamatan mereka.


Jika ada keraguan di pihak mereka, jika mereka bimbang dengan keselamatan mereka, jika mereka datang kepada kita, kita tidak pernah meminggirkan mereka, tapi mereka perlu datang dengan maklumat lengkap dan fakta untuk menyokong dakwaan itu,” katanya.


Ketika ditanya mengenai dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kononnya lebih 150,000 pekerja asing terkandas kerana pasport mereka dipegang oleh majikan, Hishammuddin berkata isu itu bukan sekadar berkisar kepada pasport dan majikan.


“Isunya bukan hanya berhubung kait dengan pasport, tetapi pemantauan warga asing dan pekerja asing yang berada di sini.


Sebab itu jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat isu ini bukan saja dalam konteks dokumen perjalanan tapi juga dari segi pemantauan dan pelaksanaan selepas tempoh yang diberi luput,” katanya.


Beliau berkata majikan tidak dibenarkan memegang pasport mana-mana individu tetapi pada masa ini pekerja warga asing didapati sering lari daripada majikan mereka walaupun tanpa pasport.


Mengulas mengenai jumlah pekerja yang terkandas itu, beliau berkata angka sebenar sukar dinyatakan secara tepat kerana pekerja berkenaan dibahagikan kepada dua kategori.


“Ada dua kategori. Mereka yang datang secara sah, lepas itu tak sah. Ada yang datang awal-awal lagi dan dokumen mereka tidak sah, jadi jumlah yang tepat akan diperoleh menerusi usaha lapan kementerian dan 15 agensi yang telah bekerjasama untuk meneliti perkara ini.


“Saya percaya bahawa data yang lebih tepat pada masa akan datang mampu dihasilkan sekaligus membantu kita dalam tiga aspek iaitu tapisan, pemantauan dan penguatkuasaan sekiranya mereka perlu dihantar balik,” katanya.
Read more >>

Read more...

APA KURANG MEDIA MALAYSIA DENGAN ISRAEL

>> Sunday, 11 April 2010

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...biasalah iiulah lumrah duk negara kelas ketiga...biasalah duk negara lebih baik dari bangladesh...jangan buat tak sedar ini negara bukan rakyat punya...ini negara APCO punya...sapa lawan kasi potong...kita masih kekal ISA,penasihat kita yang tersohor...so setakat laporan media berputar alam wa tarak heran...ini media dah terang2 umno apco miliki...so tugas kita lawan jer sampai  yahudi malaysia menyembah bumi...kehkehkeh


Tohmahan kononnya pemberian hak pemilikan tanah oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Hulu Selangor adalah gimik politik meraih undi dibidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata pemberian tanah ini adalah sebahagian dari rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan dua tahun lalu.

Beliau tidak mahu mengikut cara Umno Barisan Nasional yang hanya memberikan tanah setiap kali tiba pilihanraya kecil untuk memikat pengundi.

Kerajaan Negeri Selangor membuat perancangan jangka panjang bagi memastikan ia dapat dijalankan di seluruh Selangor bukan hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Tan Sri Khalid melahirkan kekesalan dengan tohmahan yang dilemparkan media arus perdana dan berkata Umno-BN seharusnya mengiktiraf usaha Pakatan Rakyat menyerahkan hak tanah kepada penduduk miskin, yang kebetulannya majoriti Melayu.

Beliau menolak kenyataan yang mengatakan Kerajaan Negeri Selangor hanya membuat gimik politik tapi bersetuju dengan kenyataan beliau mengambil kesempatan menggunakan program MES bagi menyelesaikan masalah di Hulu Selangor.

Malah, terang beliau, Barisan Nasional tidak melakukan banyak perubahan setelah lebih 50 tahun menerajui negeri Selangor.


!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

MEMANG KAMI TAK PUAS HATI DARI KECIL LAGI

>> Saturday, 10 April 2010

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...ini filem tamil telah di lancarkan...filem yang kalau lu tertinggal pasti menyesal...filem mengalahkan sivaji the booss...wakakaka apa lagi mau tengok kalau skrip jalan citer semua orang dah tahu...dari sabah hingga ke perlis...satu israel tahu BN Bangkai Najib... kehkehekh

HULU SELANGOR, 10 April — “Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.

Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.

Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

KENAPA ISTERI PM, ROSMAH, JATUH CINTA DENGAN APCO.

>> Friday, 9 April 2010

note:-
kehkehkeh...baru wa tahu kenapa depa dua ekoq ni sayang sangat kat yahudi...kenapa bijan ni takut sangat ke parlimen untuk menjawab tohmahan anwar...dengar khabar udara dari pekan...bijan sudah potong itu kapla bagi rosmah simpan dalam peti ais...tawaran untuk ahli umno...sesiapa dapat memisahkan bijan dan rosmah akan mendapat tawaran sikit je bawah skit dengan harga scorpene rm 10j...takkan lu tak tahu mat pampers tpm dah sound itu najib "sampai bila lu nak ikut cakap bini"...wakakaka...mesti lu dengar lucu ek...info baik punya...betui lah bijan takut bini maaa...bersatu kita bersatu...dengan setia berganding bahu...apco kiblat baru kita ayuh kita berbangga...kehkehkeh

Kehlehkeh...laporan dari jawi...bijan and bik mama kini tidak sehaluan lagi...kerana depa dua ekoq ni lebih sayangkan yahudi....kehkehkeh

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan "strategi komunikasi" dan "membina imej" negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel - Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) - serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO - merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan - termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng - seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang "musuh" dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa 'tokoh' yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk "membeli" beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian - kebanyakannya Muslim - juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.
Read more >>

Read more...

BUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...dulu wa cakap lu tak percaya...nazri kata kat madey lu hantam madey...lu tengok sekor lagi mamat dari tanjung karang membuat kenyataan sempena kempen beliau di hulu selangor...kononnya nak pujuk pengundi cina dan india...malang sungguh lidah lembut dari gigi bhai...tersalah pangkah umno boleh dipadam bro pakai eraser...tapi terlajak sebut amat padah...perkiraan wa akibat kenyataan mamat bengis undi india dan cina pasti swing ke PR...mari kita lihat saper yang kena...kita mendapat  kemenangan yang pertama...kehkehkeh


KUALA LUMPUR, 8 April — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar memohon maaf kepada masyarakat Cina dan India berhubung kenyataannya bahawa mereka harus bersyukur dan “terhutang budi” kerana diberikan kewarganegaraan.

Kenyataan beliau itu dibuat pada Konvensyen BN Selangor di Shah Alam semalam ketika BN bersiap sedia untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Noh yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil bagi BN ini berkata, kenyataan beliau itu semata-mata petikan daripada nukilan Tun Tan Siew Sin dan Tun VT Sambathan.

Oleh itu kata anggota Kabinet persekutuan ini, kenyataan tersebut tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya tidak ada niat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum. Bagi saya, apa yang dibacakan adalah satu tulisan sejarah yang sangat penting dan rakyatnya tinggal secara harmoni selari dengan konsep 1 Malaysia,” kata beliau.

Jelas Noh, tujuan beliau membacakan petikan bekas pemimpin-pemimpin adalah untuk mengukuhkan kembali semangat kerjasama di kalangan ahli dan pemimpin BN.

“Jika ucapan ini tidak sesuai untuk dibacakan dalam konteks generasi sekarang, maka saya memohon maaf,” katanya.

Kandungan ucapan Noh itu menjadi fokus serangan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen awal hari ini.

“Umno masih menghina orang lain khususnya masyarakat India dan Cina... ini adalah sesuatu yang mengarut,” kata Gobind.
Read more >>

Read more...

GURU J-QAF GANU MENGAMUK

>> Thursday, 8 April 2010

note:-
kehkehkeh...setelah lama bergelumang dalam pemerintahan rejin zionis umno...guru agama yang mendidik anak2 kita semua kini mula sedar mendapat hidayah bahawa umno tu munafiq...bagus,tahniah,good luck...kehkehekeh
  
Adun UMNO-BN (Tepoh) menyebut dalam sidang DUN Terengganu bahawa terdapat segelintir guru pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di negeri itu mencampuradukkan soal politik dalam pengajaran mereka dengan memburukkan pemimpin negara pada kalangan murid. Katanya lagi : “perkara itu mungkin berpunca daripada pengambilan guru j-QAF yang tidak melalui saringan menyebabkan ada lulusan agama yang menyokong fahaman parti pembangkang turut diterima”.klik
Read more >>

Read more...

PROJEK MENGHAPUSKAN USAHAWAN KECIL


 KUALA TERENGGANU – ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid menyokong supaya program pembangunan eko-pelancongan di Tasik Kenyir dikaji semula khususnya pembelian bot bagi program ‘Island Hopping’ yang berharga RM2 juta (Gambar)

”Isu yang ingin saya nyatakan disini ialah berkenaan Tasik Kenyir, sebagaimana yang dinyatakan oleh sahabat saya ADUN Bukit Tunggal tadi, beliau telah ke tasik Kenyir,

”Cuma apa yang ingin saya tambah lagi berkaitan isu tasik Kenyir ini ialah pembinaan bot-bot yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menelan blanja yang begitu besar,”ujarnya ketka berucap dalam sidang DUN Terengganu semalam.

Menurutnya, pembelian bot yang mahal itu merugikan kerana tidak digunakan secara optima selain menjadi pesaing kepada perniagaan usahawan bot-bot kecil yang sudah lama bertapak.

”Yang pertama isunya ialah bot-bot ini tidak diguna secara optima, dan yang kedua, pembinaan bot-bot ini akan emngganggu usaha ‘cari makan’ oleh pengusaha-pengusaha bot Kenyir,

”yang akhirnya pendapatan mereka semakin hari semakin berkurangan,”tegas Rosol yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu.

Sebelum itu, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak mendedahkan kepada sidang DUN, pelbagai projek yang dirancang kerajaan menghadapi risiko menjadi program ‘gajah putih’.

Berucap dalam sesi perbahasan titah perasmian, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, kerajaan mesti membuat kajian yang teliti berkaitan daya saing dan pasaran program pembangunan tasik Kenyir.

”Kita ingatkan kepada kerajaan supaya kegagalan lalu tidak berulang, menurut jawapan bertulis sesi lepas, kerajaan brecadang dan sebahagiannya telah dibuat, untuk membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek,
“saya bimbang berlaku macam sejarah ‘strawberry’ di Sekayu, habis duit, hasil tak ada, taman buah-buahan terbengkalai,”kata Dr. Alias.

Beliau berkata kerajaan harus berhati-hati membelanjakan wang rakyat kerana bimbang menjadi sebutan oleh anak cucu dikemudian hari, duit habis dibelanjakan tetapi tidak ada apa yang diperolehi.

”Supaya (kerajaan) berhati-hatilah, duit rakyat ini amanah kepada kita, kalau tak ada pakar, latihlah supaya (projek) itu berjaya,”

”tapi janganlah anak cucu kita sebut…habis RM289 juta……. Tak ada benda pun….., nanti susah kita,”tambahnya.
Read more >>

Read more...

STOP POLITIC NOW...WARNING FROM BUKIT AMAN

>> Wednesday, 7 April 2010

note:-
kehkehkeh...lu hentam sana...lu hantam sini...sampai najib bertanduk,sampai rosmah kurus pun mampuit tak sudah...apa kata kita minum petang unutk semua blogger2 tak kira lu datang dari mana...ada konvesyen blogger petang ni di pelita restoran di taja oleh penyangak2 dari keturunan kutey...ingat petang ni jangan ketinggalan...ada berita hangat dari pemimpin umno berketurunan mamak kutey akan buat kejutan...dek kerana beliau di layan macam sampah dalam barisan kepimpinan najib...alasan, mereka ini bukan melayu tulen...bahkan mereka di hina kerana meminta juga hak keistimewaan orang melayu...keahlian umno mereka juga tidak tersenarai kerana umno hanya untuk melayu sahaja...oleh itu di jemput media2 dan blogger ke sana...terkejutan...kehkehkeh


Kehkehkeh...jejaka hensome dari baling darul aman...pakar dalam provokasi...kehkehkeh
kehkehkeh...hai dato bini no berapa ni...cun molek...bagi kat wa lah...tapi wa minat body cm bik mama...kehkehkeh
Kehkehkeh...perghhhh mengacam lagi minah pisang panas ni...wa minat dia bhai...kalau janda wa sanggup khawin,umno pun umno lah...kehkehkeh
Kehkehkeh...possing mamposs...mamat kutey dari bombay bertandang ke pangkor dengan cawat gentel suatu masa dahulu memproses biji hitam...hero tamil yang di reject...kini di gelar pengkhianat demokrasi...kehkehkeh

Read more >>

Read more...

JANGAN MAIN2 INI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

note:-
kehkehkeh...budak sekolah dari bukit gelugor di arah keluar kelas selama 10 hari..dek kena marah guru besar kerana melawan men besar itu...bunyi macam karton tapi itulah pelawak raja rimba bila guru besar pilih kasih...kerana anak ketua bahagian padang rengas di persetujui oleh guru besar kerana anak jkk...itulah jangan melawan walaupun lu betoi...anguk je jangan bangkang...kasi jilat sikit guru besar punya telor...kehkehkeh


Karpal Singh hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat dan dikenakan hukuman gantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk selama sepuluh hari.


NONEIa berikutan tindakan pengerusi DAP itu melabekan speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang diktator apabila usul bagi membincangkan Apco ditolak.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Beliau sebelum itu terus mengasak speaker yang mengetepikan usul Tian Chua (DAP-Batu) yang menggesa kerajaan untuk menamatkan khimat syarikat perunding perhubungan awam Apco Worldwide.

Karpal berulangkali melabelkan Pandikar Amin sebagai 'diktator' dan menuduhnya "membelakangi precedent" apabila menolak usul Chua tetapi membenarkan pula usul daripada Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Bukit Rengas) untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk seri anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 22 April mengikut Peraturan 17(2).
Read more >>

Read more...

BANGKAI PUNYA ORANG,

note:-
kehkehkeh...aikssss main kasar nampak...wa dah cakap jin kafir kucar kampung ni pengkhianat...bukan kepada orang tua atau muda pendek kata tak kira saper...bah kan budak yang belum potong pun di ambil kira...menatang ni gila...menatang ni celaka...menatang ni maha zalim...wa kalau jumpa jer pengkhianat rakyat cam ni wa nk kencing dalam mulut jer...jin kafir kucar kampung ni memang dan amat berkuasa sekali di ganung mat said...alahai umno sial lu dengan budak2 pun berkira...lu memang bangkai...kehkehkeh


KUALA TERENGGANU – Oleh kerana kuasa politik yang diberikan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menyebabkan bantuan bag sekolah kepada pelajar ditarik balik.

Sehingga kini bag sekolah yang sepatutnya diagih-agihkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan itu, masih tersimpan disekolah. 


”Isu fokus saya, (berlaku) di Sekolah Rendah Kedai Buluh, dikatakan baru-baru ini cikgu-cikgu beri bag sekolah kepada pelajar-pelajar, pelajar-pelajar bawa bag balik kampung, balik rumah,

 
“Tak dang (sampai) dua tiga hari, cikgu beritahu pula, bag-bag hantar semula, sebab pengerusi JKKK kata, kena ‘sign’ (tandatangan) dia dulu, baru nak beri,”ujar ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah, memberitahu sidang DUN Terengganu.

Beliau berkata, cikgu terpaksa meminta semula bag-bag tersebut dari anak murid mereka kerana ‘tahap atau kuasa’ mereka kurang daripada pengerusi JKKK.

”Hantar semula, anak murid ni bagus, hantar semula (bag),”sambung Ustaz Mohd Nor ketika meneruskan ucapannya dalam membahaskan titah perasmian sidang DUN semalam, Isnin 6 April.

Menurutnya, sehingga kini, beliau dimaklumkan, bag-bag sekolah tersebut masih banyak disekolah tersebut.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu memaklumkan kepada Dewan yang mulia itu, kisah tersebut sebagai satu contoh, kemiskinan tidak akan terhapus disebabkan birokrasi pentadbiran negeri.

Beliau membawa kisah tersebut kerana JKKK seringkali menjadi ‘batu penghalang’ dengan mengamalkan sikap tunjuk kuasa, pilih kasih dan mendahulukan kroni.

Akhbar Tidak Betul Atau MB Ambil Tindakan.

Ustaz Mohd Nor turut menyentuh, isu berkaitan penahanan ‘penguatkuasa’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 April lalu.

Sambil menunjukkan akhbar berkenaan yang melaporkan, antara yang ditahan adalah penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Oleh itu beliau memohon penjelasan daripada kerajaan samada benar-benar penguatkuasa PBT terlibat, atau akhbar tersebut yang salah lapor.

”Saya sedih, bila membaca Sinar Harian menyebut SPRM tahan 10 penguatkuasa PBT, kita (saya) tertanya-tanya adakah ini memang berlaku?,

”disebut sedikit dalam berita minggu, ditengah-tengah ucapan Menteri Besar menafikan perkara ini,”katanya.

Namun, beliau tetap mahu bertanya, di dalam sidang DUN semalam, adakah ia benar-benar berlaku.
Katanya, sekiranya ia benar berlaku apakah tindakan kerajaan terhadap penguatkuasa yang ditahan itu, sebaliknya, sekiranya tidak, apa pula tindakan MB terhadap akhbar tersebut.

Ucapan ADUN Bukit Payung itu mencuri tumpuan ahli-ahli yang berhormat termasuk Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, sehingga beliau bingkas bangun dan menafikan berita tersebut.

Walaupun sepatutnya dalam sesi perbahasan titah perasmian, menurut peraturan dewan, tidak dibenarkan celahan atau gangguan, samada pertanyaan atau penjelasan. 


Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER