Powered by Blogger.

PROJEK MENGHAPUSKAN USAHAWAN KECIL

>> Thursday 8 April 2010


 KUALA TERENGGANU – ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid menyokong supaya program pembangunan eko-pelancongan di Tasik Kenyir dikaji semula khususnya pembelian bot bagi program ‘Island Hopping’ yang berharga RM2 juta (Gambar)

”Isu yang ingin saya nyatakan disini ialah berkenaan Tasik Kenyir, sebagaimana yang dinyatakan oleh sahabat saya ADUN Bukit Tunggal tadi, beliau telah ke tasik Kenyir,

”Cuma apa yang ingin saya tambah lagi berkaitan isu tasik Kenyir ini ialah pembinaan bot-bot yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menelan blanja yang begitu besar,”ujarnya ketka berucap dalam sidang DUN Terengganu semalam.

Menurutnya, pembelian bot yang mahal itu merugikan kerana tidak digunakan secara optima selain menjadi pesaing kepada perniagaan usahawan bot-bot kecil yang sudah lama bertapak.

”Yang pertama isunya ialah bot-bot ini tidak diguna secara optima, dan yang kedua, pembinaan bot-bot ini akan emngganggu usaha ‘cari makan’ oleh pengusaha-pengusaha bot Kenyir,

”yang akhirnya pendapatan mereka semakin hari semakin berkurangan,”tegas Rosol yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu.

Sebelum itu, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak mendedahkan kepada sidang DUN, pelbagai projek yang dirancang kerajaan menghadapi risiko menjadi program ‘gajah putih’.

Berucap dalam sesi perbahasan titah perasmian, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, kerajaan mesti membuat kajian yang teliti berkaitan daya saing dan pasaran program pembangunan tasik Kenyir.

”Kita ingatkan kepada kerajaan supaya kegagalan lalu tidak berulang, menurut jawapan bertulis sesi lepas, kerajaan brecadang dan sebahagiannya telah dibuat, untuk membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek,
“saya bimbang berlaku macam sejarah ‘strawberry’ di Sekayu, habis duit, hasil tak ada, taman buah-buahan terbengkalai,”kata Dr. Alias.

Beliau berkata kerajaan harus berhati-hati membelanjakan wang rakyat kerana bimbang menjadi sebutan oleh anak cucu dikemudian hari, duit habis dibelanjakan tetapi tidak ada apa yang diperolehi.

”Supaya (kerajaan) berhati-hatilah, duit rakyat ini amanah kepada kita, kalau tak ada pakar, latihlah supaya (projek) itu berjaya,”

”tapi janganlah anak cucu kita sebut…habis RM289 juta……. Tak ada benda pun….., nanti susah kita,”tambahnya.

2 comments:

Anonymous,  Thursday, April 08, 2010  

pelancongan tasik ini mesti lebih dipromosikan

Anonymous,  Saturday, April 17, 2010  

Aku dengar cite, MB Mat nak Buat pojek Free Duty Island di Pulau Sah Besar, tasik Kenyir, Ada Akai ka? kang jadi pojek gajah putih, nak jadi longkang bawak keluar fulus jer.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER