Powered by Blogger.
Showing posts with label LIWAT. Show all posts
Showing posts with label LIWAT. Show all posts

[Gambar] sekitar perbicaraan anwar Ibrahim fitnah 2

>> Wednesday, 14 December 2011

KUALA LUMPUR 13 Dis: Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

“Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka.

“Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.

“Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah.

Semalam, ketiga-tiga peguam Anwar termasuk Karpal Singh dan Ramkarpal Singh menggulung hujah mereka.

Hari ini pula adalah giliran pasukan pendakwa raya diketuai Peguam Cara


Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.

“Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku.

“Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku.

“Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin.

Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.[kdilan]

 Perghhhhhhhhhhh

 Peguam Sankara Nair

 Uncle driver teksi yang berjiwa kentar
 Special Branch berbaju biru turut diundang menjadi balaci umno

 Puteri reformasi


Ulasan: Adakah Anwar terhumban dalam sungai buloh buat kali kedua ,atau kak ros berpeista ala poco-poco. ramai berpendapat mengatakan DSAI telah sebelah kaki ke dalam jail makan nasi free.


malah menurut rakan den orang kuat PKR  mengatakan begitu, demi menyelamatkan politik tamak haloba najib  rosmah dan umno dari terus dibogelkan.


Penjara anwar pendek kato bergemalah gendang dipalu memanggil PRU13,maybe bulan lima 2012.


Read more >>

Read more...

Lelaki lembut hampir kena liwat

>> Tuesday, 22 November 2011

Hampir kena liwat atau saja cari penyakit?


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lembut, Faizal (bukan nama sebenar) berhadapan saat paling perit dan aib dalam hidupnya apabila cuba diliwat sekumpulan lapan lelaki di banglo milik kerajaan sebuah negeri di sini, kira-kira jam 4 pagi Sabtu lalu.

Bukan itu sahaja, adik angkat Faizal, Ecah (bukan nama sebenar), seorang gadis berusia 20 tahun juga cuba dirogol kumpulan berkenaan.

“Kami dikurung kira-kira 10 jam dalam bilik rumah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, semalam.

Menurut Faizal, dia pergi ke rumah itu setelah diajak seorang kenalannya yang dikenali sebagai Miji, dipercayai ahli keluarga penjaga rumah rasmi itu.

“Apabila tiba di sana, kami diajak melepak dalam sebuah bilik. Di situ, kami dipaksa mengambil dadah jenis syabu. Bersama Miji ketika itu ada tujuh lelaki lain dan kami diugut akan dicederakan jika tidak ikut arahan mereka,” katanya.

Ketika itulah kata Faizal, dia dan Ecah diraba dan digomol oleh kumpulan lelaki itu.

“Kami cuba melawan meskipun dalam keadaan khayal kerana dipaksa ambil dadah,” katanya.

Faizal berkata, dia mengugut kumpulan itu, akan buat laporan polis jika mereka terus berkelakuan tidak senonoh terhadap dirinya dan adik angkatnya.

“Mereka keluar dari bilik itu dan mengurung kami, tidak memberikan kami makanan melainkan hanya secawan air. Saya juga ada terdengar kata-kata, mereka nak bawa kami ke Sungai Buloh dan kurung kami di sebuah rumah di sana,” katanya

Namun kata Faizal, apa yang dirancang kumpulan dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun itu tidak jadi kenyataan.

“Kami dibebaskan setelah penjaga rumah itu datang kira-kira jam 5 petang,” katanya.

Dia dan adik angkatnya kemudian ditinggalkan di Bukit Bintang di sini. Telefon bimbitnya dirampas.

Mereka kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira jam 1 pagi.{sinar}


Ulasan Admin:-
Semua cari penyakit,kadang-kadang sukarela dikatakan dipaksa,sama juga kes gadis bawah umur bila bermain sesama suka di tuduh merogol.hakikatnya undang2 Malaysia dah macam itu,terima jelah.bising2 pun tak guno ubah dalam PRU mano satu parti ekau suko.
Read more >>

Read more...

Umur bayi 23 hari diliwat

>> Saturday, 8 October 2011

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin. 


Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
Read more >>

Read more...

Fitnah Seks:memang sah Eskay pelakon

>> Saturday, 9 April 2011

Kita merancang Allah merancang.....?kebenaran akhirnya terbukti jua tanpa didesak dan diugut oleh mano2 dari pihak PR.politik jahat cubo di fitnah oleh gerombolan songkok tinggi akhirnya menemui jalan penyelesaian atas pengakuan oleh Eskay sendiri.


p/s
Lihatlah dunia carca marba bilo bidio terkantoi atau sengaja dikantoikan mula lah si munafiq ini counter back citer nya semula.lopeh ni apo lai ekau nak pusing wahai golongan ahli nerako....bak kato den "percayo anwar meliwat beerti ekau percayo Najin liwat muhyiddin"....kahakahkah
Read more >>

Read more...

SERANGAN MELALUI VCD DIPERTAHANKAN ANWAR

>> Tuesday, 9 March 2010

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terpaksa menggunakan rakaman VCD bagi membuktikan dakwaan kes liwat yang dilemparkan ke atasnya adalah saru konspirasi politik.

Namun taktik yang sama pula digunakan oleh kumpulan misteri yang mengedarkan VCD yang kononnya menujukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

Seorang peniaga, Mohd Arshad Ishak, yang mendakwa salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, membuat laporan polis semalam.

"Saya tidak tahu siapa yang mengedarkan VCD itu tetapi pelik bagaimana rakaman itu boleh dibawa keluar dari penjara Sungai Buluh dan siapa yang bertanggung-jawab membawanya keluar,” katannya dalam laporan polis.
“Saya percaya orang yang membawa keluar rakaman itu telah melakukan pecah amanah sedangkan penjara adalah kawasan keselamatan.” kata Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI.

Beliau memberitahu wartawan kemungkinan gambar-gambar itu adalah dari rakaman kamera litar tertutup penjara berkenaan.
Selamatkan Islam

Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat bagaimana visual berkenaan boleh berada di internet dan VCD, mengenalpasti pegawai penjara yang terbabit dan menentukan ketulinan rakaman itu.
Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.

Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.
Semasa pelancaran VCD itu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Al-Qardawi memaklumkan kepada beliau supaya menyebar mesej berkenaan demi menyelamatkan umat Islam.
"Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," tambah Anwar-malaysiakini 
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER