Powered by Blogger.
Showing posts with label LAWAN TETAP LAWAN. Show all posts
Showing posts with label LAWAN TETAP LAWAN. Show all posts

Semakin hangat Batu api vs Aduka Taruna

>> Saturday, 8 January 2011

Selamat pengantin baru Aduka hilang taruna...kehkehkeh
p/s
Mana tak nya bro pergaduhan antara blogger2 Pakatan rakyat khususnya Pas dan di tambah perisa oleh haji namoto dari PKR,yang semenjak dua menjak ni semakin hari semakin panas.satu golongan yang berpihak kepada pas reform dan satu lagi berpihak kepada pro ulama'(yang di labelkan oleh pro reform adalah pro UG).Inilah berlaku antara dua puak dalam satu jemaah.satu presiden satu mursyidul am dan satu malaysia dua perdana menteri...kahkahkah.

Satu bonus ,satu elaun,satu free give,satu celaka buat gerombolan mengambil inisiatif ini.akhirnya Pas juga yang kecundang.Masih terkiyai2 slogan "Pas Ganti Umno"hak ptuih la kalau sesama jemaah pun lu bingai tk leh nk bebaik.yang menghangat kan citer ni lebih kuah dari sudu lebih rosmah dari najib,lebih Rais dari jarjis,,,,lebih Robengah dari maznah adalah blogger -blogger celaka...kenapa harus di layan Aduka taruna yang bukan ahli pas?serupa umnola kita buat...kahkahkah.

Beb...wa sebenarnya malas nk tulis citer-citer bodoh ni yang akhirnya rugi bukan khir toyol dan untung nya adalah vincent tan.masing2 nak menegakkan benang yang basah,dah tentu tak leh nak menegak.kalau wa pro Batu api belah sana kata wa pro UG and then kalau wa back up wan jie atau aduka taruna di labelkan pro blogger celaka.so wa memilih jalan tengah hanya satu memperkuatkan jemaah pas dan memperkasakan Pakatan Rakyat....lu all masih pening ka?so wa nasihat yang tak joint mana2 pihak ambilah jalan macam wa.usah di layan cerita2 fitnah.khabar angin sepoi2.apa maslahah berlaku tunggu pimpinan buat keputusan baru lu nk komen.jangan jadi serupa yb kita sorang tu beb belum tuan rumah jemput masuk,dah masuk dgn kasut2 made in gombak lagi tu....kahkahkah

So cerita masih panas lagi hangit dah berkerak pun kisah aduka taruna kena taruk kat Geng2 Rusila.apa hal ni bro.wa respek juga aduka ni berani tak bertempat.ahakssssssss....rileks bro.wa nk sekolah skit lu bro kat sini dan jgn label wa pro UG pulak.wa pun tk setuju dgn UG beb.yang lu ni senak otak aduka.sebelum lu bertolak ke rusila yang lu melalak macam anjing gila kat blog tu apsal?kalau lu ahli pas lu tak hina,lu tak kutuk,lu tak keji lu punya Tok guru beb.kalau lu ahli pas yuran tahun lepas dah bebayar belum?untuk pengetahuan lu aduka,sapa tak marah kalau bapak kena kutuk kena maki,kena terajang dari belakang pastu nk jumpa nk minta di layan.lagi pun pegangang kepartian lu masih kabur.kat blog lu pemerhatian bebas so atas pagar pun boleh umno pun boleh.mungkin geng Rusila label lu umno la kot....lu silap aduka.

aduka yang di pukul...!!!sebelum lu bertandang ke rusila dah study belum orang2 Marang khusunya Rusila?kali ni lu lagi silap.lu ada study tak kat media utama umno Butatutin Utama (tv3 la).Lu masih ingat sejarah media tu?Rusila lah sejarah itu terpahat dan wa rasa menjadi sweet memori media itu nak bertandang kat Rusila kot,...kahkahkah....sejarah tu masih terpahat kat damansara beb.peristiwa malam kejatuhan Kerajaan Pas Terengganu .Lu nak tahu cari la sejarah tu kat tv3 beb k...kehkehkeh

So sebelum wa beradu dalam kamar yang empuk tu wa nk nasihat kat mana2 pro walaupun wa ni tak sehebat mana2 blogger atau mana2 ahli politik nak menulis.bersatulah di bawah satu kalimah ,satu aqidah,tumbang musuh utama dahulu.masalah rumah tangga kenapa tak di settle kan kat dalam rumah jer.kenapa meniru cara umno bila ada maslahah menwar-war kan .ok sudah2 la bro.sampai bila lu all ni saling nak hentam menghentam tiada kesudahan beb.kepada aduka anggap lah kejadian siang hari tadi satu pengajaran dek keceluparan lu sendiri bukan orang lain.kalau nak menjadi tetamu orang biarlah beradab,biarlah sopan santun.baru org lain suspek sama lu...kehkehkeh.and then aduka nak menegur sesuatu jemaah biarlah saluran yang betul.ingat pas adalah gerakan islam bukan hanya sebuah parti politik seperti PKR dan UMNO....kalau di labelkan gerakan islam mestilah ada syaratnya sama juga undang2 JPJ beb....kahkahkah.


nota from tanpa nama 2.21 skit:-
Orang Rusila bersikap begini sebab terlalu banyak kes yang lalu yang ada kalanya mengancam keselamatan TGHH, sebab tu BA nak aturkan pertemuan ini, kalau AT ikut sebagaimana yang di persetujui bersama BA...tak la boleh sakit...tapi padan dah dengan muka orang yang cerca isteri Rasulullah dan Imam Syafie....

Moral of the story....orang-orang Rusila sanggup mati kalau ada apa-apa yang mengancam TGHH, mereka bukan samseng, cuma mereka sayang kepada TGHH, .....salah lu jugak AT...lu cakap nak LANGGAR...sapa kena langgar sekarang





Read more >>

Read more...

TERKINI-KENALI GOBIND ANAK KARPAL

>> Friday, 12 February 2010

Sidang Parlimen, Gobind mahu terus garang


KUALA LUMPUR, 12 Feb - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama setahun  tidak sabar untuk kembali berbahas ke Parlimen.

Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP itu kesal kerana kerajaan Barisan Nasional sering  mencari kesalahan dan menghukum pemimpin Pakatan Rakyat.

Trend ini menunjukkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini. Jika seseorang dari Barisan Nasional membuat kesalahan, ia dianggap tidak melakukan kesalahan.

Beliau percaya trend yang tidak sihat itu akan berterusan jika BN terus berkuasa di negara ini.
“Tapi di sini saya nak bagi amaran lagi. Akan kita lihat lebih pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dituduh dalam masa terdekat. Ia pastinya akan lebih banyak dan saya di sini mahu beritahu, perlulah kita berhati-hati. Di sini apa yang perlu adalah untuk rakyat,”katanya pada sesi penerangan rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ semalam.

Bagaimanapun beliau kagum dengan semangat pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin dan Karpal Singh yang teguh pendirian untuk membela rakyat.

Beliau membayangkan untuk terus berjuang sehingga akhir dan terus menghangatkan Parlimen sebaik sahaja tempoh pergantungannya tamat  16 Mac ini.

“Saya nak bagi amaran kepada Umno, kalau awak rasa awak boleh mendiamkan Puchong? Kalau kamu berfikir bahawa Puchong akan berdiam diri kerana dihalau satu tahun, tidak,  saya akan balik ke Parlimen March 16. Saya akan balik ke Parlimen,”katanya. selangorkini
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER