Powered by Blogger.
Showing posts with label BIJAN. Show all posts
Showing posts with label BIJAN. Show all posts

WA TETAP SOKONG NAJIB KERANA WA SAYANG ROSMAH

>> Monday, 29 March 2010

note:-
kehkehkeh...lu jangan mimpi lah najib bagi...sebab tu awal-awal lagi wa tak setuju dengan cuti bersalin 90 hari di berikan kepada kaum ibu...apa pasal bro...la dalam bab ni wa lebih sokong najib bini rosmah...eh wa punya pasal lah ...lu mintalah tandatangan empat billion sekalipun wa tetap dengan pendirian wa takkan sokong...kehkehkeh wa sokong selagi najib sokong dan wa tak sokong najib tak sokong...kahkahkah wa ubah angin skit...kahkahkah...wa rasa najib takkan pinda punya...lu nak tahu apa sebab...kehkehkeh ...sebab rosmah laki najib mana boleh beranak lagi...wakakakaka


KUALA LUMPUR: "Rosmah Mansor dah bersetuju cuti bersalin 90 ini, tapi saya dengar Menteri Buruh dan Tenaga Kerja bantah, sebab itu kami adakan kempen cuti bersalin 90 kali ini," kata seorang penggerak kempen tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali.

Beliau berkata, kempen yang digerakkan oleh National Union of Bank Employees (Nube) itu kini sedang berusaha mencapai jumlah kutipan sejuta tandatangan untuk mendesak parlimen meminda Akta Kerja 1955.

"Sejuta tandatangan rakyat ini kami perlukan untuk menyokong usul 90 hari cuti bersalin untuk kaum ibu. Kami akan serahkan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi menunjukkan sokongan rakyat terhadap syor kami ini.

"Kami akan serah sejuta tandatangan ini kepada Najib selepas 6 Jun depan agar syor 90 hari cuti bersalin dengan bergaji itu akan diluluskan," kata Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Untuk rekod, Akta Kerja 1955 sebelum ini memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

Kempen 90 hari cuti bersalin anjuran dengan bergaji anjuran kesatuan sekerja Nube itu turut disokong oleh pihak-pihak lain.

Antaranya, women Aid Organization (Wao), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), World Alliance on Breastfeeding Action (Waba), Asian Pacific Resource & Research Centre for Women (Arrow), All Women's Action Society (Awam), Tenaganita Sdn Bhd, Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wanita Keadilan dan Malaysian Trade Union Congress.

Antara gerakan kesatuan sekerja yang turut menyokong perjuangan usul Nube ini adalah Union Network International - MLC.

"Kami sokong kempen Nube untuk mendesak kerajaan ke arah meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada minima 90 hari untuk memulihkan kesihatan kaum ibu serta pertalian erat bayi menerusi penyusuan ibu.

"Kita mesti memastikan wujudnya hubungan sihat antara ibu dan anak cuti ini akan lebih membantu pembesaran anak sekali gus ia menepati ketetapan konvensyen organisasi pekerja antarabangsa 183," kata Ahmad.
Read more >>

Read more...

OPERASI MEMUKUL ULAR

>> Friday, 25 December 2009

Malaysia komited pertahan nilai sebenar semua agama




KUALA LUMPUR 25 Dis. - Malaysia cukup komited mempertahankan nilai-nilai sebenar semua agama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Agama mengajar kita supaya bersikap toleran, prihatin dan hormat menghormati terhadap kepercayaan dan amalan pihak-pihak lain.

"Dalam masyarakat kita berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai yang menyatukan kita bersama,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Gereja St Thomas di sini hari ini.

"Kita terikat oleh matlamat bersama kita sebagai 1Malaysia. Kita terikat oleh warisan bersama kita. Kita terikat oleh keperluan kita untuk bergerak maju sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang,” kata beliau.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Perdana Menteri berkata kehadiran Idris di majlis itu membuktikan komitmen kuat kerajaan Barisan Nasional terhadap kebebasan anutan agama yang telah diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaan negara.- BERNAMA


note:-
lu cakap tak serupa bikin la, nak menipu agak2 la...!!!
satu malaysia kenal lu bijan...!!!
sama islam lu cakap lain  sama itu budha lu cakap berpaling-paling...!!!

cara lu rampas perak cara terhormat ke laki mah...!!!
jangan malukan islam bijan...!!!
jupa itu tedung pukul lu dulu la...!!!

Read more >>

Read more...

MANDARIN PUJAAN HATIKU

>> Tuesday, 15 December 2009

                                                                     TAKBIRRRR                            



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 13 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk dua Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Tan Kok Hong, dijadual menyerahkan surat peletakan jawatan, pagi ini.

Mereka dijadual menyerahkan surat melepaskan jawatan masing-masing dalam parti kepada Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon di Bangunan Parlimen, 10.45 pagi ini.

note:-
hancur,hancus,lebur,terberai...!!!
tahun 2009 penuh misteri buat gerombolan...!!!
cina dah cerdik politik...!!!
semua tak percaya pada gerombolan...!!!
gerombolan semakin lesu,lumpuh,strok...!!!
semakin hari semakin buruk kaki kencing manis...!!!
usus semakin busuk berbau sampai parlimen...!!!

                                                     OPERASI MEMBODEK CINA



KUALA LUMPUR, Dis 15 — Rakyat Malaysia, terutama dari kaum Melayu perlu mempelajari bahasa Mandarin memandangkan ia kini menjadi bahasayang cukup penting apabila China muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata dengan mempelajari satu lagi bahasa, ia akan membolehkan seseorang itu memahami dengan lebih jelas mengenai orang lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza, sekaligus membolehkan mereka lebih menghormati antara satu sama lain.

note:-
pening pulak org kampung...!!!
mat taib ingerih pun litang pukang...!!!
anak maidin pun bahang rambang spiking...!!!
menteri pun kecek omputih rojak...!!!
inikan pulak bahasa cina...!!!
lu jangan buat benggong kan rakyat la...!!!
tahu la nk bodek cina kan...!!!
undi cina reject UBN...!!!
undi india terajang UBn...!!!
pas ni mari ramai pergi umah vellu...!!!
pakat belajar bahasa indu...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER