Powered by Blogger.

Lima dewan undangan negeri PAS bakal ditawan BN-Mat Said

>> Thursday 31 May 2012


Waspada PAS bila mat said bersuara pastinya menjadi kenyataan, anak buah derih Jusoh tu boh, takkan masa lantikkan jadi meteri besor peluk sesaja, menurun ilmu towwwwwww.


KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dapat menawan semula lima daripada lapan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata berdasarkan sokongan rakyat dan kerja kuat jentera parti, tidak mustahil BN juga dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen.

Ahmad berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut DUN mana yang dimaksudkan itu. Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.

Lapan kerusi DUN yang kini dikuasai PAS ialah Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam (ketiga-tiganya di bawah Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Parlimen Kuala Nerus), Sura (Dungun), Rhu Rendang dan Bukit Payung (Marang) dan Manir (Hulu Terengganu).

Kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pula ialah Marang yang diwakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada pilihan raya kecil pada 2009.

Sementara itu Ahmad berkata kerajaan negeri telah menyiapkan kira-kira 8,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun ini melibatkan perbelanjaan RM800 juta.

"Kami nak buat 10,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun dan kami yakin matlamat itu akan tercapai tahun depan," katanya.-BERNAMA

p/s: Kahkahkah ambil lah nak lima kerusi pun, mung dop tahu PAS nak bahang sebutir Tganung. Najib nak pertahan Putrajaya, ermmm ambillah kawasan putrajaya BN weh, Pakatan Rakyat nak tawan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER