Powered by Blogger.

Babi betina rempuh cyber cafe nak buka facebook

>> Monday 21 May 2012


Memang BABI betul


MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. sini

p/s: Adoi kelakar weh:- 
        --->babi pun ada akaun facebook
        --->babi dah benci dgn tv3
        --->Babi pun nak buka malaysiakini
        --->Babi pun tahu lembu duk kondo

Kahkahkah tak bisa babi diperbodohkan oleh umno sebab tu cepat2 ke cyber cafe nak tahu pilihanraya bila.

1 comments:

shidine didine rahman Monday, June 04, 2012  

kelakar beb...paling cool org yg baru kuar tandas tu...

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER