Powered by Blogger.

Khabar Dr Lo' Lo' Sudah Meninggal Tidak Benar

>> Sunday 17 July 2011


Khabar dari beberapa twitter dan facebook mengatakan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali sudah meninggal dunia tengah hari ini adalah tidak benar. Pengarah Pilihan raya Pas yang juga kawan Dr Lo' Lo' Dr Mohd Hatta Ramli yang dihubungi sekejap tadi memaklumkan Dr Lo' Lo' masih ada. 

"Beliau masih ada tetapi keadaanya kritikal, petang semalam saya menziarahinya," kata Dr Hatta yang menyesali beberapa laporan menerusi twitter.

Adalah diharap semoga para tweet dan bloger berhati-hati dalam membuat laporan atau pun mengkhabartkan berita seumpama ini kerana ia adalah fitnah dan boleh menyinggu hati banyak pihak.

Sebaik-baik berita mengenai kematian atau kemalangan seseorang hendaklah dipetik dari sumber yang boleh dipercayai. Sama-sama kita mendoakan semoga Allah akan menyelamatkan Dr Lo' Lo' dan kita pula tidak tergolong 

dalam golong penyebar berita fasik
Sumber :mso


p/s:mohon maaf diatas kesilapan tadi

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER