Powered by Blogger.

BUKAN ARAHAN WA K

>> Sunday 9 May 2010

note:-
kehkehkeh..Sumpah bukan arahan wa...entah ketua balai mana yang benggong...entah UTK mana yg shoot...anak buah wa semakin hari semakin samseng...itu jam bijan kasi naik gaji itu jamjuga depa tembak...inilah cerita bermusim dari negara malaysia darul polis...kehkehkeh


TAMPIN, 8 Mei — Seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

“Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat sini hari ini.

Katanya mangsa kini telah selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,” katanya.

Katanya anggota polis terbabit telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut. Mangsa kemudian dikejarkan ke HTJS.

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

“Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

“Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja,” katanya.
Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.
Sementara itu ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu. “

Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

“Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis.

Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik,” katanya.

2 comments:

ISA Sunday, May 09, 2010  

bro,

lu tak tau jaga nak buah ke..? gua desak lu letak jawatan lu degil...

hj jamaludin,  Sunday, May 09, 2010  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Mentang mentang lu disiram Baja (naik gaji n elaun) cap UMNOBN APCO
lu punya buah bernama BODEK subur membesar , suka suka lu jirus (tembak ) air jus lu kat budak budak . Sampai seorang budak mati dan seorang budak sakit perut kena lu punya panjutan jus. Gua pun setuju dan desak lu letak jawatan.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER