Powered by Blogger.

KANTOI...JIJIKNYA UMNO TAPI MASIH LAGI YANG SAYANG

>> Thursday 15 April 2010

Oleh:KetuaPolis



Akhirnya seorang ahli/penyokong Umno yang juga blogger tegar puak gerombolan mengakui bahawa cyberwar atau cybertroopersUmno selama ini telah 'dilatih' supaya beperlakuan jijik dan tidak senonoh di alam maya...mereka inilah yang digelar sebagai "SOPO BLOGGER UMNO".... 

Mereka bukan sahaja mencarut dan memakihamun, bahkan mengeluarkan kata2 kesat dan lucah semata2 mahu berhadapan dgn penyokong Pakatan Rakyat di alam maya...itu antara pendedahan yang dibuat oleh seorang blogger Umno (amasita-mamamia.blogspot.com), yang kemudiannya diSAHkan oleh seorang lagi blogger veteran Umno, mummyrokiah.blogspot.com...
Yang menariknya, mereka bukannya bergerak sendirian atau atas dasar individu..tetapi mereka (Umno) rupanya mempunyai organisasi atau 'kelas khas' untuk mendidik para cybertooper mereka mencarut, memakihamun, menyumpah seranah apabila berhadapan dgn penyokong pembangkang (PR) di pentas maya...ternyata mereka sungguh terdesak utk berhadapan dgn pejuang2 maya Pakatan Rakyat...bak kata blogger Umno (amasita-mamamia):


"...kenapa perlu kita panggil sopo bloggers yang suka mencarut dan memaki hamun?

Sudahkah kita terlalu terdesak atau ketandusan sopo bloggers yang boleh berkempen diblog dengan bahasa yang sopan?..."
Kerana itulah tidak pelik jika kita kerap terjumpa artikel/komen2 yang berunsur lucah, maki hamun oleh penyokong gerombolan baik di blog, laman forum, FaceBook dan lain2..mereka rupanya terdesak untuk berdebat, berhadapan dengan penyokong Pakatan rakyat sehingga memprovoke dengan ayat2 maki, hina dan nista...(boleh lihat antara contoh di sini) 

Akhir kalam, jika anda terserempak/terjumpa/berhadapan dgn ahli/penyokong Umno yang mencarut/memakihamun dan sebagainya diruang maya, maka jelaslah mereka (bukan semua) adalah antara cyberwar dan cybertoopers Umno yang dididik diamanah untuk berperang secara tidak matang di alam maya...wallahua'lam..

Dari blog Mummyrokiah.......

UMNO mendidik cara cyberwar jijik? 
(From blogger mamasita-mamamia.blogspot.com)


Meluat !

Semalam Dato' telah pergi ke Janda Baik untuk menghadiri satu high-powered kursus cyberwar yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia.

Ringkasnya, kursus 3 hari ini mudah2an akan dapat mengasahkan lagi kepandaian blogger2 UMNO yang menulis hal2 politik sambil menangkis dakyah2 pembangkang dengan penjelasan yang lebih efektif.

Saya dengar ramai sopo blogger dan wartawan dipilih untuk menghadiri kursus ni.

Dari Pahang katanya ada 2 orang..Dato' dengan another so po blogger.

Antara sopo blogger yang hadir termasuk mereka yang suka maki hamun, yang suka cakap besar, yang suka mencarut dan juga mereka yang rasa mereka hebat sangat tetapi sebenarnya tin kosong!

Ada jugak yang boleh dianggap sebagai pompous windbags!

Bagi Dato', dia hanya seorang bekas Adun yang mempunyai latar belakang politik yang sangat berharga.

Darah politik tetap mengalir dalam tubuh badannya walaupun dia bukan lagi YB.
Cakap berdegar2 dan berlagak sombong diri memang bukan style dia.
DSN dan MB Pahang tetap hormatkan dia. Alhamdullillah.

Kursus ini pada amnya bertujuan menggilapkan lagi kepintaran sopo blogger UMNO untuk membantu kerajaan BN kita berkempen menghadapi pilihanraya2 kecil sehinggalah ke pilihanraya umum.

Kepentingan media cyber tidak lagi dipandang ringan.
Generasi muda kita yang cerdikpandai memang lebih berminat membaca di internet daripada suratkhabar.

Hanya soalannya sekarang..kenapa perlu kita panggil sopo bloggers yang suka mencarut dan memaki hamun?

Sudahkah kita terlalu terdesak atau ketandusan sopo bloggers yang boleh berkempen diblog dengan bahasa yang sopan?
Substance takder tapi cakap macam pandai sangat!

Harus kita ingat mereka ini akan menjadi 'penceramah2' UMNO dalam dunia blogging.
Kalau cakap merapu, suka mencarut dan suka terpekik2, adakah kita terpaksa jugak pakai 'kepakaran' mereka ini?
Are we that desperate??

Kalau nak berkempen diblog untuk UMNO, tolong lah..takpayahlah gunakan bahasa lucah atau mengata2 macam budak kutu berahak..gunakanlah bahasa yang sopan sikit.
Argue intelligently laa..

Nanti orang lagi menyampah parti UMNO kerana kita gunakan sopo bloggers yang mulut suka pakai bahasa jijik..lagi orang tidak respect parti kita.

Suruhlah mereka ini jaga bahasa sikit..jangan cakap kasar dan kotor!

Jangan gunakan sopobloggers yang asyik nak mencarut dan cakap tak senonoh tentang pihak pembangkang..kalau nak argue tu buatlah research sikit..baru boleh pujuk ramai lagi undi UMNO...mana2 UMNO bloggers yang bercakap dalam 'scum, foul language' must be thrown out!

Jangan buat orang meluat dan menyampah UMNO!
Nak tolong UMNO blog elok2..jangan menambah malu dengan dirty language and zero substance!

Apakah UMNO dah mula percaya kalau nak berblog mesti kena maki dan hamun? Apakah UMNO juga telah masuk perangkap cara bloggers pembangkang yang tidak habis-habis maki dan hamun seperti juga ceramah parti politik mereka. 

Banyak golongan sempit yang berpendapat kalau sebut sahaja "online", internet atau blogging yang pertama terlintas di dalam minda mereka ialah lucah dan maki hamun.- mummyrokiah.blogspot.com

Sumber klik

2 comments:

Anonymous,  Thursday, April 15, 2010  

Apa lah yang kau merapu ni, kaulah yang jijik.

Anonymous,  Thursday, April 29, 2010  

pkr = parti jijik

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER