Powered by Blogger.

SALAH SORANG AHLI REFORM SUDAH INSAF,BALIK KE PANGKAL JALAN

>> Monday 22 March 2010

note:-
kehkehkeh...alhamdulilah cikgu husseyn kita sudah insaf menghentam kepimpinan ulama dalam jemaah pas...setelah begitu ekstrim membantai,menterjah,mengterajang pas yang di labelkan pro ug...kehkehkeh lu sekarang sudah ada dapat hidayah ka...kahkahkah...lu memang ayam lama husseyn...akibat penulisan lu yang biadab,kurang ajar...ramai yang kurang respek sama lu di atas ke biadaban lu...sekarang lu banyak puji itu hadi haaaaa...lu punya kawan reform lain tak kecil hati ka...kahakahkah.


Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva 

21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini

"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.

Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.




Balu mendiang Siva(baju merah) bersama 3 anak lelakinya

Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.




Toh Puan Zainab bersama Muslimat tempatan turut
menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva

Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”





Kenangan bersama TGHA

Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah.-al-husseyn51

1 comments:

Anonymous,  Monday, March 22, 2010  

Maaf ya.... Ini bukan dikatakan yang Alhusseyn dah berubah, kerana itulah gaya penulisan beliau. Jika tak percaya, saudara lihatlah nanti jika timbul isu-isu sensasi. Beliau sememangnya seorang yang setia kepada parti PAS, itu pasti kerana saya kenal gaya beliau walau pun saya tidak mengenali beliau secara dekat. Jika ada yang tak kena pasti beliau akan balun cukup-cukup. Pemimpin yang beliau benar-benar jaga ialah TGNA. Sebenarnya beliau cukup tidak suka dengan puak UG atau pun puak Terengganu. Walaupun kesetianya terhadap PAS, usah saudara takut kerana beliau bukan suka sangat dengan PKR dan sangat anti dengan Umno.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER