Powered by Blogger.

KEJADIAN MEMBALING BOM DIi SELANGOR ADALAH UNSUR KHIANAT

>> Sunday 7 March 2010

Kereta Presiden Hindu Sangam dikhianat

PETALING JAYA – Kereta milik Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Malaysia Hindu Sangam dibaling dengan bom petrol atau molotov cocktail awal pagi ini, dipercayai ada kaitan dengan isu dalaman persatuan itu.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu, kedua-dua buah kereta itu yang ketika itu diletakkan dalam kawasan Wisma Malaysia Hindu Sangam di Taman Petaling Utama di sini mengalami kesan terbakar pada bahagian bonet, tayar depan dan pintu.

Pintu hadapan wisma itu turut mengalami kesan terbakar akibat turut dilontar dengan satu daripada tiga bom petrol itu.

Presiden persatuan itu. RS Mohan berkata, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat persatuan itu semalam.

Mohan berkata, beliau dan timbalannya V. Kundasamy berada di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu apabila terdengar orang memekik."Bila saya jenguk di luar tingkap, saya nampak dua lelaki yang berada di seberang jalan lari menuju ke arah bangunan ini dengan menjerit api... api,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan di situ bahawa dia nampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal melakukan perbuatan itu.

Pada 25 Februari lepas, rumah ahli persatuan, R Sitrarasu, 42, di Taman Seri Sentosa dan sebuah kereta miliknya dibakar dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenalinya menyebabkan bahagian hadapan rumah tempat letak kereta hangus terbakar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kejadian itu adalah perbuatan khianat.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER