Powered by Blogger.

AYUH BOIKOT SAMPAI BANKRAP

>> Sunday 14 March 2010


Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat

Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.

"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.

Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.

AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu.-suarakeadilan


0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER