Powered by Blogger.

AWEK CUN MELECUN PKR BERSUARA

>> Friday 5 March 2010



Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina "barisan indipenden" bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.

Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.

Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.

Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.

Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.

Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN.

Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.keadilanrakyat 

13 comments:

Anonymous,  Friday, March 05, 2010  

semua tu salah umno dan bn jer yer...

Darth Anwar,  Friday, March 05, 2010  

Penulis blog ini adalah kaki fitnah.

Tabii kaki fitnah adalah, mereka akan mengatakan yg benar sebagai fitnah, dan yang fitnah sbg benar.

Dakwaan dlm artikel di atas tidak disertakan dgn apa2 bukti dan fakta. Semua tulisan atas angin dan main rembat tulis je. Inilah fitnah namanya.

Sebaliknya, kes liwat Anwar yang sedang dibuktikan di mahkamah senang2 je depa kata itu fitnah.

Mereka ini ingat mereka boleh menang dgn fitnah. Lihatlah kuasa Allah nanti.

Emperor Sembap Palpatin,  Friday, March 05, 2010  

pencacai umno dah mai dahh. tak sangka masih ada gak manusia yg percaya kesah sepol tu ye.. hai hai kesian aku tengok ko. mai sini aku tampor muka ko .. kasi sedar sikit

Suparman,  Friday, March 05, 2010  

pencacai PR pun same.Dah tahu ketua main bontot korang pun nak main bontotke.Banyak lg awek2 melayu yg cun single and available.Bontot laki jugak ke ko kebas. Satu lagi ayam jiran aku kena langgar lori.Die ckp salah UMNO BN pasal buat jalan raya habis ayam die kene lenyek.Hai manusia..

Anonymous,  Friday, March 05, 2010  

dah umno tak repair jalan yang berlubang...pasal tu kot dia marah.

Anonymous,  Friday, March 05, 2010  

biasanya kalau cakap x pakai akai org kata cakap guna lubang pungkok wahai suparman oiii

Anonymous,  Saturday, March 06, 2010  

marilah kita jadi insan yg berfikiran waras tanpa taksub pada parti politik semata-mata......yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah.....al-quran dan sunnah nabi jadikanlah panduan kita....jangan biarkan nafsu menguasai pemikiran...sebagai seorang yg mengucap dua kalimah syahadah maka jadilah dia umat nabi muhamad....nabi muhamad tidak mengajar kita memaki hamun...manabur fitnah dan berprasangka jahat pada orang lain terutama sesama umatnya....kita cuma perlu insaf apakah yg kita buat atau tulis adalah sesuatu kebenaran atau kepalsuan....jika ia benar maka berimanlah kita tetapi jika ianya hanya sekadar utk menimbulkan atau menyatakan orang lain salah tanpa kebenaran sebenar maka tergulunglah kita dalam golongan munafik...pilih sendiri.

Spiderman,  Saturday, March 06, 2010  

Selagi ade DAP dalam pakatan rakyat maka haramlah semuanya.Kalau Pakatan tu PAS dan PKR saje boleh aku consider sokong.Ish2..korang ni bab mencarut ni hebat sekali.

Anonymous,  Saturday, March 06, 2010  

aku tulis guna akal yg waras,,

1, tiap kali ada MP PKR keluar parti, ada saja muka Sallehuddin ni. boleh ko jawap apa maknanya.

2. baru dua tahun Seetpol menghilang diri, bila keluar je, dahi dah ada tanda hitam.(warak agaknya) tp pelik ya, datuk aku dan 40 tahun jd imam masjid, tak lah sehitam tu dahinya..
3. selagi mahkamah tak kata anuar bersalah, mengapa kata dia meliwat?

wahai pecacai umno, berpikirlah gunakan otak, bukan lutut.

Anonymous,  Saturday, March 06, 2010  

apa lah kau orang nie...Allah SWT bagi kita otak yg sehat utk berfikir...Sheikh Yusof Qrdawi dan TGNA pun tak percaya cite liwat tuu..awat hang yg bole percaya cite nie???banyak sangat baca utusan moloya..tu lah bahananya...ke memang darah umnoo hang piang sangat,terlalu pekat hingga tak bole nilai berita dgn akai berpandu kepada alquran dan hadith...awat hang hebat sangat ke ilmu ..aku na haba.... hampa ingat orang macam Dr Yusof Qardawi tu pikiaq macam hang ke??? dia kenai dsai bukan macam hang kenai dsai..hang kenai dsai melalui utusan meloya dan propoganda rtm, tv3suku..dan tv yg sekufu dgn nya je tu sebab otak beku berkarat....ke banyak sangat mentekedarah duit haram tu yg jadi benak...tak tau beza mana satu berak dgn perak....jng komen main bedal je...

KepaleOtakHang,  Saturday, March 06, 2010  

Wahai pencacai PR,

1.Tanda hitam die nak cop ke buat suka atila psl itu antatra dia dan tuhan.Sekarang iman xdpt diukur dgn luaran.Bapak ko jadi 40 tahun belum tentu sama dgn tahap keimanan seorang dlm 2 tahun yg dianiaya. Zaman sekarang ustaz,ustazah dan pak imam bleh kene tangkap khalwat or liwat.

2. Satu lagi kenape Anwar dikata tidak bersalah sebelum mahkamah mengatakan dia tidak bersalah.Mengapa saiful dikata penfitnah sedangkan mahkamah belum putuskan ape2.Ini kira double standard pencacai PR.

3. Orang keluar parti ni zaman dulu lagi.Korang pergi pilih orang sengal dan bengap time plihanraya buat ape.Xleh jaga supaya jgn kluar.Kluar je konspirasi BN.hhaakkk tuihh.

4. Syeikh Qardhawi dgr dr satu pihak iaitu Anwar Aljubs.Sebelah saiful die tak dengar lagi.Buka matala weii.Korang ni kene tipu ngn anwar. Kalau die betul nak berjuang patut tak payah join UMNO dulu lagi.Terus masuk PAS sesuai imej pak syeikh org duk panggil die.Kenape lepas kene buang ngn Mahathir baru kecoh nak melawan.

5. Nak jadi pembangkang jgn ikut emosi. Guna facts dan dengar dr semua pihak.

5.Sekian saje selamat beramal.

Delimawani,  Sunday, March 07, 2010  

"salah UMNO BN pasal buat jalan raya habis ayam die kene lenyek"- memang tiada jalanraya atau lebuhraya di malaysia yang memenuhi spesifikasi, taraf satu bintang pun tak capai jadi mmg salah UMNO-BN tak tahu buat jalanraya

"Selagi ade DAP dalam pakatan rakyat maka haramlah semuanya"- what a racist statement. agaknya dalam agama islam cuma ada Melayu?

"Satu lagi kenape Anwar dikata tidak bersalah sebelum mahkamah mengatakan dia tidak bersalah"- Anwar dikatakan bersalah sebelum mahkamah sabitkan dia bersalah, 2X5 je pernyataan kau tu, brok!

Delimabatu,  Thursday, March 11, 2010  

Kpd delimawani jgn jadi bodoh.Ko kate org tak reti buat jalan.Ko buat jamban pun tak reti.Buat anak je tahu.Last anak bodoh dan taksub cam bapak die. Kalo psl anwar 2x5 kiranya PR dan BN same je.Jadi tak payah ckp ko je betul.Samdol jugak ko nih.Renung2kan selamat beramal.Tak payah ckp berbelitla delimawani.Ckp je terus terang sy suka DAP pasal boleh bg undi cina india dekat PAS dan PKR.Ini racist statementla apela.Masing2 nak menangkan hati bukan melayu semata-mata undi.Hipokrit korang sume ni.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER