Powered by Blogger.

BERITA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA-PANAS...!!!

>> Monday 8 February 2010

Erdogan Minta Najib Hentikan Fitnah Keatas Anwar

KAN WA DAH CAKAP ITU TELOQ NAJIB SUDAH MANYAK PICAH


Chukai, KEMAMAN – Ramai pemimpin Negara-negara Islam mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia dan mencurigai dasar-dasar serta tindakan yang diambil oleh kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata antaranya adalah polisi tidak membenarkan selain Islam menggunakan kalimah Allah dan tindakan kerajaan mendakwa Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Menurutnya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menegur Najib terhadap kedua-dua perkara tersebut sewaktu bertemu di Timur Tengah baru-baru ini.

”Saya nak kongsi sedikit apa Tayyip Erdogan sebut ketika bertemu dengan Najib, ia tidak pernah didedahkan kepada umum,

”Tayyip bertanya kepada Najib apa yang sedang berlaku di Malaysia?,”kata Tian Chua ketika menyampaikan ucapan dalam program penerangan DUN Chukai.

Katanya, ketika itu terjadi peristiwa pembakaran gereja dan surau ekoran kontroversi penggunaan kalimah Allah.

”Najib kata….Oh… ini perkara sensitive, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Melayu,

”Tayyip Erdogan kata, nanti sekejap………anda orang Melayu, saya orang Turki tidak ada persamaan diantara awak dengan saya, selain daripada Islam, yang sama kalau boleh dipakai di Turki (mesti) boleh di pakai di Malaysia,”ujar Tian Chua lagi.

Katanya, Erdogan menegaskan kalau Najib tidak mahu berpegang dengan Islam tidak ada apa-apa hubungan antaranya dengan Erdogan, kerana kata Erdogan beliau berbangsa Turki dan Najib berbangsa Melayu.

Oleh kerana itu, kata Tian Chua, Erdogan menegaskan hubungan antara mereka adalah atas satu kalimah yang sama, iaitu Islam.

Justeru, kata Tian Chua, Erdogan berkata kepada Najib, di Turki orang-orang Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, mengapa di Malaysia tidak berlaku demikian.
Berhubung dengan kes pendakwaan liwat terhadap Anwar, Tian Chua berkata, Erdogan meminta Najib menghentikan segala fitnah yang sedang berlaku.

Tian Chua berkata, menurut Erdogan, sikap dan tindakan politik yang sedang diambil oleh kerajaan Malaysia sedang memecahbelahkan dan meruntuhkan dunia Islam.

Ia adalah kerana, kata Tian Chua, Erdogan menganggap tindakan mendakwa dan menjatuhkan Anwar, seteru politik Najib, dengan fitnah skandal seks akan menjadikan umat Islam dipandang rendah dan akan ditindas.
”Erdogan bertanya kepada Najib, apa yang terjadi kepada Brother Anwar, Najib kata, oh…kali ini ada bukti terhadap Anwar dan mahkamah akan putuskan dan beliau (Najib) tidak campurtangan,”kata Tian Chua.

Namun menurut Tian, Erdogan berkata kepada Najib, supaya Najib jangan berbohong kerana menurut Erdogan beliau telah melihat bagaimana perjalanan mahkamah yang berlaku ketika fitnah yang sama terhadap Anwar sebelum ini.Buletinonline

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER