Powered by Blogger.

BERITA SEDIH MELANDA SELURUH NEGARA

>> Wednesday 3 February 2010

Gaji baru Polis Diraja Malaysia diumum esok – Hishammuddin

AKULAH RAJA KETUANAN MELAYU

SEPANG 2 Feb. – Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan.

Ia juga, katanya, adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000, manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan.

Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.

Bagi para pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini.

Semua kenaikan itu berkuat kuasa pada 1 Januari tahun lepas, sekali gus bermakna anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut. – Bernama

note:-
perghhhh menyirap aku dengar berita yang akan membebankan rakyat...berita membuat bapak polis gerombolan tak lena malam ni.....apa tidaknya kenaikan gaji polis untuk ganyang rakyat sendiri....terbaru polis akan ganyang rakyat yang akan berdemo GST depan parlimen....dan mungkin semangat baru FRu balong kaki demo....dan kemungkinan juga anwar akan di penjara kembali itu sebab polis di suap sekenyang-kenyangnya.....perghhhh sandiwara dan skrip di atur baik punya....
so kau pakatan rakyat berwaspada lah lepas ni.....gerombolan akan guna habis-habisan anjing belaannya tanpa rasa bersalah.....aku memang tak puas hati pasal gaji polis....kahkahkah sebab aku bukan polis......huuuuuuuuu menyirap beb 

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER