Powered by Blogger.

KES KHALID DAN HASSAN MAKIN KUSUT

>> Sunday 31 January 2010

Exco Pemuda PAS pertikai hukuman ‘berat sebelah’ Khalid, Hasan 



KUALA LUMPUR, Jan 30 — Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Khalid Samad enam bulan sedangkan Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran.

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.

Reaksi pertama Exco Pemuda PAS itu juga mempertikaikan kredibiliti jawatankuasa disiplin.
Semalam jawatankuasa mengumumkan bahawa Khalid digantung jawatan parti iaitu sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam dan anggota Lajnah Politik selama enam bulan.Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor hanya diberi amaran lisan.

Dengan membuat keputusan tersebut, dakwa beliau. jawatankuasa disiplin sama ada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti-Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS.Malah menurut Abdullah, keputusan yang diumumkan semalam juga sebenarnya menghantar isyarat salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform PR.

“Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja,” katanya lagi.

Oleh itu kata Abdullah, beliau rasa hukuman terhadap Hasan ini hanya sekadar wayang untuk “membersihkan” Exco kerajaan negeri Selangor dan pada yang sama Khalid terus dimangsakan.
Beliau menambah ahli PAS dan para penyokong PAS serta PR bukannya bodoh.“Jawatankuasa disiplin ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti-PR.

“Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan.
“Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib.“Inilah dia semangat dari keputusan mesyuarat khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009,” katanya lagi.

Abdullah juga memberitahu, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

“Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota Exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan,” katanya.

Abdullah menjelaskan, apa yang didedahkan Khalid dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti.“Ia hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.“Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan jawatankuasa tatatertib.

“Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada jawatankuasa tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Malahnya kata beliau laporannya itu hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.
“Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ia disalurkan kepada jawatankuasa tatatertib.

“Wow, nampaknya setiausaha agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib.
“Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semua aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu,” katanya.

Kata beliau, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan itu.

“Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya,” katanya.

Sumber Di sini

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER