Powered by Blogger.

BILA KERAJAAN TIADA PITIH

>> Tuesday 19 January 2010

Denda RM300 Jika Eenggan Guna Jejantas Sekitar Bukit Bintang 


KUALA LUMPUR: Mulai minggu depan, pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas dan lintasan pejalan kaki di 10 jalan sekitar Bukit Bintang di sini akan didenda RM300.

"Tindakan ini dibuat agar mereka (pejalan kaki) tidak mengganggu lalu lintas kenderaan dan yang paling penting supaya mereka sedar dalam menjaga keselamatan nyawa masing-masing," kata Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rosli Mohd Noor.

"Waran tangkap juga akan dikeluarkan kepada pesalah jika mereka gagal membayar saman pada tarikh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi advokasi untuk pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang hari ini.




Operasi itu bakal melibatkan beberapa jalan yang dikenalpasti menghadapi masalah kesesakan trafik yang teruk termasuk di Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan dan Jalan Pudu.
Rosli berkata individu yang ingkar akan dikenakan saman RM300 di bawah Peraturan Lalulintas 1959.

Program advokasi itu dilakukan bagi menyedarkan pejalan kaki menggunakan jejantas atau tempat melintas supaya kemalangan yang membabitkan kumpulan terbabit (pejalan kaki) dapat dielakkan.

Pada operasi selama sejam itu yang disertai enam pegawai dan 14 anggota dari Balai Polis Trafik Jalan H.S Lee, sebanyak 10 notis amaran dikeluarkan kepada pejalan kaki yang berumur seawal 14 hingga 53 tahun.-

note:-
tepat pada waktu,pucuk dicipta ulam mendatang...!!!
tak perlu ajar macamana nak cari duit halal...!!!
kalau ikut yang haram memang senang sekali selitkan dalam surat saman setle...!!!
patut la tengok malam minggu baru ni penuh polis di setiap selekoh traffic light...!!!
cari makan sudah bermula,gerak kerja sudah siap hanya tunggu mangsa...!!!
harap abang2 polisi buat kerja sikhlas-ikhlasnya tiada makan sana,makan sini...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER