Powered by Blogger.

ALAHAI NASIB POLIS

>> Tuesday 20 October 2009

MENGAKU GUNA MC PALSU,TAK HABIS2 DGN KERJA JAHAT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 14 pertuduhan mengemukakan cuti sakit palsu dan tidak hadir kerja selama 21 hari berturut-turut tanpa sebab.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir, menetapkan 21 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan Lans Koperal Faizalriza Bahari, 32, diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Faizalriza didakwa dengan curang mengemukakan sijil cuti sakit palsu dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Balai Polis Pudu, Cheras, antara 10 Januari dan 5 Februari lalu. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Faizalriza, yang mempunyai tiga anak dan digantung kerja sejak ditangkap pada 6 Februari lalu, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal menghadirkan diri daripada bertugas selama 21 hari tanpa sebab.

Dia didakwa melakukan kesalahan antara 21 Disember 2008 dan 11 Januari lalu di tempat yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Faris Mohd Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER