Powered by Blogger.

7 TAHUN MERANA KINI BEBAS

>> Wednesday 16 September 2009

Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray - yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam - bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun.

"Rasanya banyak yang berubah. Tengoklah, saya pun dah berjambang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang, Selangor.
Difahamkan, isteri (foto, kiri) dan anaknya kini berada di Sabah.

Menurut Mat Sah, beliau dimaklumkan tentang pembebasannya Sabtu lepas.

Mat Sah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada April 2002.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER